YAB TUAN ADLY ZAHARI
A) TEMPOH PERKHIDMATAN AHLI MPKK, AHLI MAJLIS PBT, PENYELARAS DAN KAKITANGAN JAPERUN
Kerajaan Negeri menetapkan tempoh perkhidmatan mengikut jawatan seperti dibawah:
1. Ahli MPKK dari 2 tahun ke 1 tahun
2. Ahli Majlis PBT dari 3 tahun ke 1 tahun
3. Kakitangan JAPERUN yang sebelum ini tempoh perkhidmatan ditentukan oleh YB ADUN / Penyelaras DUN ditetapkan kepada tempoh 1 tahun.
4. Pegawai Perhubungan tempoh perkhidmatan masih kekal 1 tahun.
5. Sidang yang sebelum ini tempoh lantikan sehingga berusia 65 tahun kecuali jika terlibat dengan is-isu berkaitan Polis,Jabatan Insolvensi, JAIM dan SPRM ditetapkan ke 1 tahun.
7. Penyelaras DUN yang sebelum ini tidak dinyatakan tempoh lantikan ditetapkan kepada tempoh 1 tahun.
B) PENUBUHAN DANA HARTA BUMIPUTERA
Kerajaan Negeri bersetuju untuk menubuhkan Dana Harta Bumiputera dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) diminta untuk memperhalusi kaedah pelaksanaannya.
Jawatankuasa penubuhan dipengerusikan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Datuk Zaidi bin Johari.
Beberapa siri mesyuarat telah dijalankan untuk memuktamadkan terma-terma berkaitan.
C) PENYUSUNAN SEMULA DAN PELANTIKAN KETUA JABATAN DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
Penyusunan semula ini membabitkan beberapa pegawai kerajaan negeri.
1. (Berkuatkuasa pada 1 Mac 2019) Datuk Anis bt Ali Hasan @ Mohd Yasam, Pegawai Daerah Melaka Tengah ditukar ke Pegawai Daerah Jasin.
2. Encik Shamsul Ambia Bin Abdul Aziz, Pegawai Daerah
Alor Gajah ke Pegawai Daerah Melaka Tengah.
3. (Berkuatkuasa pada 1 Feb 2019) Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Jabatan Kewangan & Perbendaharaan Negeri Melaka ditukar ke Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka.
4. Encik Rahizi Bin Ranom, Setiausaha Bahagian
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka ditukar ke Timbalan Pegawai Kewangan Negeri,Jabatan Kewangan & Perbendaharaan Negeri Melaka.
BERKUATKUASA 1 FEBRUARI 2018
1. Datuk Azmi bin Hussin yang kini Datuk Bandar MBMB ditukar ke Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Amanah Melaka.
2. Haji Mansor bin Sudin dilantik sebagai Datuk Bandar MBMB
3. Encik Mohd Rafee bin Ibrahim dilantik sebagai Yang Dipertua, MPHTJ.
D) LAWATAN KE LOKASI PELANCONGAN DI KAWASAN LUAR BANDAR
Sempena Tahun Melawat Melaka 2019, Ketua Menteri akan mengadakan lawatan ke lokasi pelancongan di kawasan luar bandar Negeri Melaka mulai bulan Februari 2019 selain kawasan pelancongan yang terdapat di kawasan bandar.
Jabatan dan agensi berkaitan perlu menjaga kawasan tarikan pelancong di dalam kawasan bandar dan luar bandar Negeri Melaka supaya sentiasa dalam keadaan baik.
E) BANTUAN LAMPIN PAKAI BUANG
Keseluruhan bantuan lampin pakai buang melibatkan kos RM1.4 juta.
Kerajaan Negeri akan menyumbang RM 650,000.
Pihak Berkuasa Tempatan menerusi program tanggung jawab sosial korporat (CSR) turut memberikan sumbangan iaitu:
RM200,000 (MPHTJ) melibatkan 4 Japerun
RM400,000 (MBMB) melibatkan 8 Japerun
RM150,000 (MPAG) melibatkan 3 Japerun
F) CADANGAN BAYARAN INSENTIF KEPADA PEMANDU KERETA SEWA/TEKSI DI NEGERI MELAKA
Kerajaan negeri bersetuju membayarkan caruman Perkeso bagi tahun 2019 berjumlah RM160 seorang kepada 1,036 pemandu kereta sewa/teksi membabitkan kos RM165,760.
Kerajaan negeri juga memberikan sumbangan RM1000 kepada 30 persatuan kereta sewa/teksi membabitkan kos RM30,000.
G. PROSES PEROLEHAN NEGERI
Kerajaan negeri memandang serius teguran Jabatan Audit Negara terhadap proses perolehan negeri.
Sehubungan itu harga siling pembelian ditetapkan 30% daripada harga pasaran.
Dasar ini dilaksanakan bagi menambahbaik sistem perolehan negeri.
Sumber Asal: https://www.facebook.com/2164630037156785/posts/2350238245262629/