Media luar negara lapor pemimpin dari parti korup bakal kembali ketuai kerajaan Malaysia

Media

Media luar negara lapor pemimpin dari parti korup bakal kembali ketuai kerajaan Malaysia.Portal KOMPAS.com yang bertapak di Indonesia melaporkan jangkaanya bahawa pemimpin dari parti yang terlibat dengan skandal korupsi terbesar di Malaysia akan kembali semula menguasai negara.

Berita itu merujuk kepada Umno selepas laporan media memberitahu bahawa Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului lawannya dengan memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen.

Sokongan itu jika disahkan dan diterima oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu hari ini, Ismail akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kesembilan.

“Umno yang merupakan parti dengan skandal korupsi besar di Malaysia, berpeluang kuat kembali mengisi posisi perdana menteri.

“Khabar terbaru pada Khamis (19/8/2021), Ismail Sabri Yaakob dijangkakan membawa Umno ‘bercokol’ lagi di tampuk kepemimpinan Negeri Jiran.

Media

“Parti yang kalah pada Pilihan Raya 2018 ini berpeluang naik kembali setelah Muhyiddin Yassin mengumumkan pengunduran dirinya pada 16 Ogos lalu akibat kehilangan suara mayoritas,” lapor berita itu.

Selepas 60 tahun Umno memerintah negara, parti itu tewas dalam PRU-14 dikalahkan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana isu skandal rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 26 Mac, dilaporkan, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Umno adalah parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1MDB menerusi akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang menubuhkan 1MDB pada 2009 disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram selepas laporan bahawa berbilion ringgit didepositkan ke dalam akaun peribadinya yang dipercayai sebahagian dana dari syarikat subsidiari 1MDB, SRC International.

“Orang-orang yang memilih perubahan pada 2018 tidak akan menyukai penunjukan (Umno), dan itu akan menjadi penunjukan tanpa pilihan,” ujar Bridget Welsh, pakar Malaysia dari Universitas Nottingham seperti dipetik dari portal berkenaan.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/pemimpin-parti-korup-dijangka-naik-kembali-lapor-kompas-indonesia/

BACA: Panas !!! Raja Petra dilapor biadab, hina institusi Istana?