Media Indonesia dakwa remaja di Malaysia suka bahasa Indonesia buat netizen berdekah

Selepas dituduh mengambil banyak budaya Indonesia, kini media Indonesia kembali mendakwa

Bahawa ramai anak muda di Malaysia kini sudah mula bertutur menggunakan bahasa ‘gaul’ anak muda Indonesia.

Menurut laporan CNN Indonesia, menerusi temuramah dengan salah seorang rakyat Malaysia yang bernama, Imaan,

Media Indonesia dakwa remaja di Malaysia suka bahasa Indonesia buat netizen berdekah mo

mereka mencapai kesimpulan bahawa ramai anak muda di Malaysia kini menggunakan bahasa Indonesia untuk bertutur ketika bermain permainan Mobile Legend.

“Banyak rakyat Malaysia juga banyak menggunakan bahasa Indonesia. Namun, mereka kebanyakan menggunakannya ketika bermain game,” kata Imaan kepada CNN Indonesia. Dia kemudian berkata, “Ia lebih kepada perkataan mengumpat.”

Tambahan pula, Imaan menjelaskan bahawa ramai rakyat Malaysia bermain permainan dalam talian dan belajar bahasa Indonesia daripada aktiviti ini. Dahulu mereka belajar bahasa Indonesia dari sinetron yang ditonton.

Beberapa contoh ayat makian yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia katanya, ialah “bocil” (budak kecil), “botol (botak bodoh). Bocil dikaitkan sebagai ungkapan untuk menggambarkan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam dan bising.

Selain itu, Imaan turut memberitahu CNN Indonesia bahawa dia juga menggunakan bahasa Indo ketika membalas mesej WhatsApp daripada teman-teman. Dia juga akui lebih suka mencarut menggunakan bahasa negara jiran.

“Rasanya lebih macam mengutuk tau. Tak ada perasaan pun kalau guna bahasa Melayu. Dan secara peribadi, saya suka dengar bunyi bahasa Indonesia,” kata Iman.

Bagaimanapun bagi ahli akademik Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Azlinawati Ngainon berkata bahawa dia akui tidak mengetahui bahawa fenomena ini wujud.

“Saya tidak tahu menggunakan bahasa Indonesia dalam perbualan ini menjadi popular di kalangan anak muda, maaf jika saya tidak menyedarinya,” kata Azlinawati.

Beliau kemudian mengesyaki fenomena ini mungkin semakin kuat kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggunakan bahasa Indonesia ketika menghadiri persidangan peringkat tinggi ASEAN pada awal September dan ditambah pula dengan kandungan dari Indonesia yang ada di media sosial TikTok.

BACA: “Mak mertua hina aku mandul, paksa suami aku kahwin lain, sibuk nak madukan aku sekali pak mertua madukan dia, aku sengih sampai telinga puas hati”