MB Perak pilih utamakan Umno dan ketepikan parti sendiri?

MB Perak pilih utamakan Umno dan ketepikan parti sendiri?

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah membuat tindakan drastik memendekkan tempoh perkhidmatan Penyelaras DUN yang dianggotai oleh partinya sendiri.

Notis tersebut telah dikeluarkan melalui surat yang dihantar kepada semua Penyelaras DUN di negeri ini.

Mengikut maklumat Perak Insights, antara yang telah menerima surat tersebut ialah Penyelaras DUN Manong, Dr Hashim Bujang dan Penyelaras DUN Kubu Gajah, Dato’ Khairil Anuar Akhiruddin.

Difahamkan Penyelaras DUN Bersatu yang lain bakal berdepan nasib yang sama.

Mengikut rekod, Bersatu memegang jawatan penyelaras di 14 buah dun di negeri Perak Perak.

“Adalah dimaklumkan bahawa tempoh lantikan tuan sebagai Penyelaras bagi DUN Manong, Parlimen Kuala Kangsar, Perak adalah dipendekkan sehingga 30 April 2020.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan jasa tuan sepanjang berkhidmat sebagai Penyelaras DUN Manong, Parlimen Kuala Kangsar, Perak,” katanya Ahmad Faizal di dalam surat bertarikh 25 Mac kepada Penyelaras DUN Manong.

Tindakan ini difahamkan disebabkan 14 Dun tersebut disandang oleh wakil rakyat Umno yang kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Perak.

Oleh kerana Umno kini menjadi sebahagian daripada kerajaan, jawatan penyelaras Dun yang berperanan sebagai wakil kerajaan tidak lagi diperlukan.

Berita Penuh :https://perakinsights.com/2020/04/03/kerana-adun-umno-peja-pendekkan-tempoh-penyelaras-dun-bersatu/