MAZA gesa KSU KPDNHEP tampil buat penjelasan

MAZA gesa KSU KPDNHEP tampil buat penjelasan

Dilaporkan, pihak kerajaan telah menarik kembali kelulusan dalam tempoh PKP untuk syarikat arak berkenaan . Alasan kerajaan, pihak Menteri berkaitan tidak dimaklumkan kelulusan itu. Justeru itu, adalah disyorkan individu yang menandatangani surat berkenaan tampil memberikan penjelasan kepada rakyat bagaimana hal itu boleh terjadi. Ia amat tidak wajar dan ramai yang ingin mengetahui cerita sebenar.

Mungkin juga YB Menteri Agama dapat membantu menjelaskan pendirian kerajaan dalam hal arak di negara ini. Semoga satu polisi yang lebih baik digubal agar tiada muslim yang boleh terlibat dengan apa-apa urus niaga arak. Termasuklah pekerja di kaunter pasaraya, kedai dan apa sahaja, muslim dilarang terlibat dalam urusan jualbeli arak. Ia memudaratkan diri dan tidak baik untuk orang lain.

Sumber :