Mayat tanpa kepala ditemui berhampiran kediaman Ketua Menteri

Mayat tanpa kepala ditemui berhampiran kediaman Ketua Menteri

Polis menemukan mayat tanpa kepala di sebuah kawasan berhampiran kediaman Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh, di Siswan, India semalam.

Polis di Mullanpur Garibdas memaklumkan mangsa dikenali sebagai Sucha Singh,42, merupakan peniaga daging yang berasal dari kampung Naggal.

Jelasnya, polis berjaya menahan dua suspek terlibat dalam kes pembunuhan itu manakala seorang lagi masih sedang diburu.

Menurut polis, kejadian itu berlaku apabila mangsa dan suspek bertemu di sebuah rumah ladang yang terletak berhampiran kediaman ketua menteri Punjab.

Mayat tanpa kepala

Lokasi Kejadian

Jelas polis, siasatan awal mendapati mangsa perlu membayar hutang kira-kira 60,000 rupee (RM3,359) kepada salah seorang suspek, yang mungkin menjadi antara punca pembunuhannya.

Kata polis, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kharar Civil untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, seorang jiran mangsa, Karnail Singh Bubby berkata, Sucha dilaporkan hilang sejak 12 Jun lalu.

Katanya, selepas gagal mengesan Sucha, keluarga mangsa membuat aduan di balai polis Mullanpur.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/mayat-tanpa-kepala-ditemukan-berhampiran-rumah-ketua-menteri-punjab/