Mayat lelaki tanpa kepala ditemui nelayan.Nelayan di kepulauan Aceh, Aceh Besar, digemparkan dengan penemuan mayat tanpa kepala di sebuah kapal yang tersadai di sebuah pulau di sini, semalam.
Kompas melaporkan, jurucakap Jeneral Panglima Laut Aceh, Miftach Tjut Adek berkata, mayat itu ditemukan di perairan Alu Reuyeung, Pulau Nasi, kira-kira 6 pagi.
Ketika ditemui, kapal itu sudah dalam keadaan terbalik.
“Selepas (kapal) diangkat, kita dapati di bawah kapal ada mayat tiada kepala dan lengan tanpa identiti. Ia disahkan mayat seorang lelaki,” katanya.
Mayat berkenaan sudah dikebumikan oleh masyarakat nelayan tempatan. ‘
Panglima Laut Aceh Besar Baharuddin berkata, melihat bentuk kapal yang ditemui itu, pihaknya percaya ia secara umumnya bukan berasal dari Aceh atau Indonesia.
“Bukan nelayan Aceh kalau daripada bentuk kapal, kebiasaannya ciri-ciri kapalnya itu dipercayai berasal dari Myanmar atau Thailand,” katanya.
Untuk tindakan lanjut, Baharuddin sudah menghubungi perwakilan nelayan di Aceh dan semuanya mengatakan tidak ada nelayan dilaporkan hilang.
Penemuan mayat itu juga sudah dilaporkan ke polis.
Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/751486/mayat-tanpa-kepala-ditemukan-di-pulau-nasi