Mat Sabu luah rasa terguris dan kecil hati, namun alu-alukan PM baharu

Mat Sabu

Mat Sabu luah rasa terguris dan kecil hati, namun alu-alukan PM baharu.

Saya mengalu-alukan perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula.

Mungkin rakyat melihat proses Pilihanraya itu telah menjadi sia sia. Oleh itu proses ‘Parliamentary Democracy’ di Malaysia perlu diperteguhkan semula.

Mat Sabu luah rasa terguris dan kecil hati, namun alu-alukan PM baharu

Beri keyakinan kepada rakyat agar ‘Peristiwa Shareton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang.

Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan. Rakyat perlu membuat pilihan.

Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan.

Sumber :

BACA JUGA : Zahid bersyukur diatas pelantikan Ismail Sabri PM ke-9