Maszlee perlu sedar seruan Melayu Islam PN hanya retorik

Maszlee perlu sedar seruan Melayu Islam PN hanya retorik

Membaca tulisan dan luahan Dr Maszlee Malik tentang masa depan partinya Bersatu di Malaysiakini tadi.. Bila Dr Maszlee menyentuh kebimbangan tentang Rasuah dalam pentadbiran.. Aku yakin Dr Maszlee sememangnya bercakap benar..

sememangnya dari dulu Dr Maszlee dilihat berprinsip.. Malah lebih terbuka dan bersifat liberal dalam pandangannya samamada melibatkan urusan Agama mahupun Politik berbanding sahabatnya dikalangan salaf..

Tapi aku bersimpati dengan dr Maszlee, Diakhir pentadbirannya di Kementerian Pendidikan, Dia tersesat dalam memahami Politik disebabkan terpengaruh dengan rakannya dari kalangan kelompok Salaf yang menyeru kepada seruan Jahiliyah dan Ashabiyah.. terutama dari orang seperti Mufti Utara dan anak buah Zakir Naik… Inilah seruan Jahiliyah yang diucapkan nabi kepada kelompok Muhajirin dan Ansar….

مَا بَالُ دَعْوَى جَاهِلِيَّةٍ؟ …

“Ada apa dengan seruan jahiliyah itu?”

Malah dalam pada hari langkah Sheraton itu Berlaku..dalam hari Muhyidin mengangkat sumpah, Dr Maszlee masih bersama dengan Ts Muhyidin atas faktor Ashabiyah ini..Dan Dr Maszlee masih menulis antara faktor tindakannya bersama Muhyidin , atas matlamat menyelamatkan Melayu dan Islam..Tapi sudah pasti berlainan perasaannya bila terpaksa duduk bersama haji Hadi dan Zahid hamidi..

Atas faktor ini aku mengkritik Dr Maszlee walaupun ramai dari kalangan sahabat PH ,yang tak bersetuju..Dr Maszlee dalam suratnya memberikan alasan langkah Sheraton itu dengan menyentuh soal Melayu Islam..Sebelum itu Dr MAszlee menyentuh isu LTTE ,Jawi yang sebenarnya perangkap dari pemimpinnya sendiri dan rakan ashabiyah mereka dalam PN..

Bukan kah dalam Audio didedahkan kem Tun semalam, yg dikaitkan dengan Muhyidin jelas mereka menyebut dalam mesyuarat Bersatu..Kita perlukan Sebab..jadi faham kan.. ? jadi apakah LTTE, Jawi, Sekolah Vernakular, BMF, sebahagian dari sebab yang dicipta ?

Dan aku baru faham kenapa Tun Mahathir bertindak menggugurkan Dr Maszlee sebagai Menteri pendidikan..
bagi aku kemungkinan atas faktor ini,Dr Maszlee masih terikut ikut rentak Mufti utara yang bermain dengan sentimen kebencian kaum ini..memainkan isu UEC, Sekolah vernakular, bahasa dan isu Jawi yang tak sepatutnya terheret menjadi isu besar…

Itulah bahayanya kelompok Ashabiyah, Penyeru kepada seruan Jahiliyah yang dikata oleh Nabi..aku dapat bayangkan bagaimana Dr Maszlee ditekan, Dipengaruhi rakan rakan salafnya ketika menjadi Menteri Pendidikan..

mana tidaknya masa tu si Mufti Utaralah Juara memperjuangkan gerakan mengharamkan sekolah Vernakular..dan BMF.. hebat mereka menyeru kebencian kaum dan agama..hakikatnya, dimana seruan seruan jahiliyah ini menghilang ? ia tidak hilang..Cuma dia menjadi alat dari kalangan Ulama Jahat..dan ramai cerdik pandai sendiri terperangkap di dalamnya..

Atas Sebab Taksub, Ashabiyah.. yang Nabi bagi tahu kita..Bila Datang Fitnah Ulama Jahat..Yang mulutnya manis berhati Serigala.. Cerdik pandai, Alim Ulama pun akan Jadi kebingungan.. Depa akan Jadi Bodoh ..

لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا..

” Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang yang baik, cerdik pandai menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya….”

Dan sebab itu aku konsisten memerangi kelompok Ashabiyah dan takfiri..Sifat2 inilah yang menyesatkan Iblis dan ramai dari kalangan Ulama’.. bayangkan orang seperti dr Maszlee, dan yang dikata Pakar Hadis, Ramai dari kalangan Ulama Salaf masuk dalam perangkap ini..

Aku berharap.. Dari langkah Sheraton..Apa yang berlaku dalam PN hari ini menyedarkan Dr Maszlee.. Hasutan rakan rakan Salafnya hanya merosakkan dirinya sendiri..malah merosakkan matlamat Malaysia baru yang diimpikan..

Dan aku rasa dari hati kecil Dr Maszlee sedar.. Perjuangan PH, Kebersamaan meraikan perbezaan dikalangan Muslim dan non Muslim, antara Melayu dan bukan Melayu inilah pendekatan terbaik kita di Malaysia biarpun prinsip kita berbeza…

Seruan Melayu Islam itu hanyalah retorik sebagaimana disentuh oleh Tun Mahathir Semalam.. aku memuji tulisan Tun Mahathir semalam yang mempertahankan DAP yang selama ini menjadi momokan perkauman PAS dan UMNO..itulah ancaman orang Melayu hari ini.. hari ini tidak kedengaran lagi isu Adib, Jawi, Sekolah vernakular, BMF dan LTTE seharusnya menyedarkan Dr Maszlee..

Marilah kembali bersama prinsip PH..tinggalkan seruan dan kelompok Ashabiyah..Mereka yang membawa seruan Ashabiyah ini adalah kelompok yang kata nabi penyeru kepada seruan Jahiliyyah.. satu perbuatan yang jijik, hina lagi busuk.. sebagaimana sabda Nabi ﷺ Bersabda..

دَعُوهَا، فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ…

‘ Tinggalkanlah (seruan tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik… ”

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS