Masukkan tali skipping dalam zakar, warga emas tanggung sakit menderita. Tindakan warga emas berusia 79 tahun di Jepun memasukkan tali lompat atau tali ‘skipping’ ke dalam zakar menyebabkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan.
Panjang berukuran 2.3 meter
Pada awalnya, warga emas itu pergi ke Universiti Perubatan Dokkyo kerana mengalami kesakitan sewaktu ingin membuang air kecil dan segera menjalankan beberapa ujian untuk mengenal pasti kesakitan yang dialami.
Hasil ujian mendapati, tali ‘skipping’ nipis yang berukuran sepanjang 2.3 meter itu didapati bersimpul di pundi kencingnya dan tidak mempunyai pemegang malah pakar mengatakan bahawa kes tersebut merupakan kes pertama yang dicatat setakat ini.
Mengaku masukkan sendiri
Walau bagaimanapun, anggota paramedik sebelum itu keliru dengan imbasan X-ray yang dilakukan kerana mereka mendapati terdapat sesuatu bendasing yang bergulung berada di dalam zakar warga emas tersebut.
Selepas ditanya, barulah warga emas itu mengakui bahawa dirinya sendiri yang memasukkan tali ‘skipping’ ke dalam pundi kencingnya. Namun, tujuan sebenar tindakan lelaki itu masih belum diketahui.
Difahamkan, semasa pembedahan, pegawai perubatan yang bertugas tidak dapat mengeluarkan tali itu menerusi saluran sama menyebabkan mereka terpaksa membuat lubang di pundi kencing pesakit tersebut.
BACA:
Influencer seksi kempen untuk PN, netizen desak Pas bersuara
‘Izara Aishah ni next level betul fesyen dia’, satu dewan terpaku