Markah turun naik waktu Big Stage, Tok Ti tampil buat penjelasan

Markah turun naik waktu Big Stage, Tok Ti tampil buat penjelasan. Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada di posisi juri tetap Big Stage 2022 bersama komposer Ajai menjelaskan mengenai konsep penjurian terbaharu bagi program hiburan berkenaan.

Menurut Siti, barisan juri termasuk juri jemputan mempunyai kesempatan untuk menukar turun naik markah bagi setiap peserta sejurus persembahan.

Mekanisme tersebut dilakukan sehinggalah markah muktamad yang tertera ‘dikunci.’

“Di Big stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah kita ‘lock’ markah terakhir.

Markah turun naik waktu Big Stage, Tok Ti tampil buat penjelasan

“Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir,” jelas Siti dalam satu hantaran yang dikongsi di Instagram.

Tampil memberikan pencerahan, penyanyi lagu Anta Permana ini turut berkongsikan video kandid ketika sesi pemarkahan dilakukan.

Malah Siti turut mengakui penilaiannya mungkin berbeza di antara barisan panel juri lain dan ia berdasarkan kepada pengalamannya dalam dunia seni.

“Ni la keadaan bila nak kena ‘lock’ markah terakhir tu. Bukan senang ye, ambil kira setiap sudut.

“Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian & persembahan untuk minggu seterusnya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Selain Siti Nurhaliza dan Ajai, juri pedas dan presiden netizen masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sementara Aina Aibdul diundang selaku juri jemputan, Ahad lalu.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

BACA JUGA :

Kalau sayang duit, jangan simpan 10 barang ini dalam kereta

Dah selesai bayar ansuran rumah, rupanya ini beberapa step sebelum jadi hakmilik anda

Dua tahun cuba mengelak, akhirnya Afdlin Shauki pohon doakan kesihatan dirinya

TONTON JUGA :

CATEGORIES