Manusia berpotensi makan manusia lain jika menetap di planet lain

Manusia berpotensi makan manusia lain jika menetap di planet lain.Para saintis memberi amaran bahawa manusia yang menetap di planet lain berpotensi menjadi kanibal sekiranya gagal menguruskan tanaman dan sistem pertanian dengan baik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut saintis, sebarang penjajahan angkasa lepas berpotensi menyebabkan manusia untuk makan antara satu sama lain sekiranya kehabisan makanan dan tidak menerima bekalan mencukupi dari Bumi.

Justeru, lebih banyak persediaan diperlukan memandangkan manusia diramal mula menjajah angkasa lepas menjelang akhir abad ke-21.

“Walaupun teknologi meningkat, populasi manusia yang terpencil boleh merosot dengan cepat.

“Atas sebab itu, saya percaya mana-mana ‘sistem’ yang ada perlu diuji terlebih dahulu sebelum manusia berani menetap di angkasa lepas,” kata profesor astrobiologi di Universiti Edinburgh, Profesor Charles Cockell.

Antara lokasi penempatan kekal angkasa lepas yang dicadangkan adalah di bulan Musytari, Calliston, atau bulan kedua terbesar Zuhal, Titan.

Selain itu, saintis-saintis turut percaya bahawa manusia perlu membuat percubaan untuk tinggal di lokasi-lokasi yang ‘berdekatan’ dengan Bumi iaitu Marikh atau Bulan.

Ini kerana ia akan memudahkan proses menghantar sebarang bekalan dari Bumi.

BACA:

Bukan kepala air tetapi aliran dan banjir puing, kata pakar
Belum pun habis penat mencuci kesan banjir, kini air naik balik lebih tinggi
Tular dakwaan punca banjir kerana pelepasan air empangan di Melaka, ini sebenarnya yang berlaku

Artikel ini disiarkan pada 03/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)