Mangsa banjir dilarang pinjam ah long – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai terutama mangsa banjir supaya tidak terpujuk dengan tawaran pinjaman duit ah long.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, terdapat sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen dipercayai mula mendekati mangsa banjir bagi menawarkan pinjaman.

“Berdasarkan maklumat awal, tiada laporan diterima polis berkenaan hal ini sehingga kini.

Mangsa banjir dilarang pinjam ah long - PDRM

Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din

“Namun, polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini mula menyasarkan mangsa banjir untuk menjadi peminjam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai terutamanya mangsa banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa kepada sindiket ah long.

“PDRM akan membuka siasatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Kanun Keseksaan dan akta lain berkaitan jika terdapat laporan diterima.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi polis di talian 03 26101559 / 03-26101599, Whatsapp di talian 013-2111222 atau menghubungi mana-mana polis berhampiran,” katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Seorang lagi Adun Warisan keluar parti, tubuh parti baharu
Peja akui memang bercuti ke Dubai Rabu lepas

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)