Mana suara Mufti Perlis dalam isu Tik Tok menteri?

Mana suara Mufti Perlis dalam isu Tik Tok menteri?

Sejak Menteri Pengajian Tinggi mengajak rakyat bersama beliau menjayakan pertandingan tik tok, pelbagai bentuk mesej kemarahan rakyat diluahkan. Namun sehingga ke waktu ini, belum kelihatan teguran atau kenyataan terbuka dari mufti utara apatah lagi dari pemimpin parti Islam. Mungkin ikut presidennya kot, sedang menyiapkan kenyataan dalam tulisan arab.

Kemarahan rakyat cukup ketara apabila seorang Menteri boleh mengajak rakyat ber”tik tok” di saat rakyat di negara ini bahkan seluruh dunia sedang berdoa dan bermunajat dijauhkan dari wabak virus Covid-19. Rakyat sedang menghadapi pelbagai perasaan dan emosi di saat penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk fasa 2. Rakyat sedang memikirkan sumber kewangan yang semakin nipis dan makanan semakin berkurangan. Rakyat sedang memikirkan bagaimana sambutan Ramadan yang hanya tinggal 14 hari lagi dari sekarang. Tapi Menteri boleh ajak rakyat ber”tik tok” dan mengedik dengan video yang kreatif.

Sia-sia ketuanya membacakan doa selepas azan maghrib yang di siarkan di televisyen selepas azan, tapi malang dapat menteri yang ajak ber”tik tok”, menteri yang ajak bersuara Doraemon, menteri yang luluskan operasi pengedaran arak, menteri yang sibuk memecat dan mengagihkan jawatan dikalangan mereka.

Kerajaan yang mengkhianati rakyat, tidak akan ada berkat, biar ada mantan mufti dijadikan menteri agama hal ehwal Islam, rakyat tetap lihat dia tiada keberkatan juga.