Mana mungkin rakyat mampu bertahan dikurung selama 5 bulan? – Najib

Mana mungkin rakyat mampu bertahan dikurung selama 5 bulan? – Najib

Mana mungkin rakyat mampu bertahan dikurung selama 5 bulan.Kedudukan negara dalam tiga penunjuk membabitkan pengurusan Covid-19, ekonomi mahupun kedudukan pasaran saham berada pada tahap corot di peringkat antarabangsa, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

Najib dalam hantarannya di Facebook berkata, keadaan rakyat hari ini sudah menjadi persoalan hidup dan mati bagi ramai dan juga masa depan negara.

Katanya, pengurusan Covid-19 oleh kerajaan berada pada tangga paling corot di ASEAN dengan kadar kematian baharu per kapita paling tinggi di dunia, selain jumlah kes keseluruhan menghampiri 800,000, malah jumlah kematian mencapai 5,500 kes hari ini.

rakyat

“Pada hari ke-55 perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksana, kita masih catat 6,400 kes baharu dengan kadar kebolehjangkitan melebihi paras neutral 1.00 dan kadar positif yang hampir 10%. Sehingga hari ini, ramai rakyat berkurung tanpa pendapatan 55 hari sejak PKP 3.0 bermula.

“Jika mengikut jadual bagi Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk pembukaan semula pada September atau Oktober, rakyat akan perlu dikurung selama lima bulan. Mana mungkin mereka yang terjejas mampu bertahan dari segi kewangan dan mental?” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata negara kini berada pada kedudukan paling corot di bawah Myanmar, membabitkan 50 negara ekonomi utama dalam indeks “kemampuan untuk kembali normal”, dipantau majalah Economist.

“Selain itu, Malaysia berada di tempat ketiga paling corot antara 53 negara ekonomi utama dalam ‘indeks pengendalian Covid-19’, dipantau Bloomberg, di mana kita hanya dikalahkan Filipina dan Argentina,” katanya.

Beliau berkata, pasaran saham pula masih rendah, berbanding setahun dahulu dan sehingga semalam, Malaysia menjadi pasaran kelima paling corot di dunia di belakang Venezuela, Colombia, Peru dan Turki.

“Ketika hampir semua ekonomi negara dunia sedang pulih atau melonjak naik, negara kita melangkah ke belakang pula. Bank Dunia dan segala agensi penarafan kredit sudah menurunkan unjuran ekonomi negara ke paras bawah purata dunia,” katanya.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengakui Bajet 2021 sudah pecah dan unjuran pertumbuhan ekonomi juga menepati sasaran buat dua tahun berturut-turut.

Najib berkata, rancangan kerajaan PN untuk Dewan Rakyat bersidang hanya lima hari sahaja dalam tempoh lapan bulan berehat, disifatkan tidak mampu memberi ruang membincangkan bantuan rakyat, pelan pemulihan, termasuk Ordinan Darurat.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/05/keadaan-hari-ini-sudah-jadi-soal-hidup-mati-rakyat-masa-depan-negara-kata-najib/

Jika Anda Terlepas: Panas !!! PKPD : Dua kilang bukan sektor penting dakwa dapat surat MITI