Malaysia perlu 23.1 peratus lagi untuk capai imuniti kelompok

Malaysia perlu 23.1 peratus lagi untuk capai imuniti kelompok. Jumlah populasi dewasa negara ini yang melengkapkan suntikan dos vaksin, meningkat kepada 56.9 peratus atau 13,315,774 orang, setakat semalam.

Pada masa sama, seramai 18,476,589 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Malaysia

BACA JUGA : Bicara kes rasuah, Zahid tak hadir kerana masuk hospital

Dalam pada itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan penurunan kepada 396,576 dos, berbanding 441,100 dos diberikan dua hari lepas, dengan 246,109 daripadanya adalah dos kedua.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 26 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang, membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur, ditutup bermula semalam.

JKAV memaklumkan, PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pula ditutup bermula hari ini.

BACA JUGA : Presiden Umno senarai 5 kegagalan PN urus Covid-19

“Antara 26 PPV yang ditutup semalam adalah Dewan Alwy Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Gombak), Hotel Premiere Klang (Klang), Institut Pengurusan Peladang (Kuala Selangor), Persada Plus (Petaling), Dewan Seri Sekinchan (Sabak Bernam), Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang), Kajang Mewah Club (Hulu Langat), Dewan Komuniti Serendah (Hulu Selangor) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Kuala Lumpur).

“Selain itu, PPV Dewan Canselor, MSU (Petaling) pula akan ditutup esok, manakala PPV Mahsa University (Kuala Langat) akan ditutup pada 29 Ogos ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dua lagi PPV iaitu Dewan MPSJ Puchong Indah dan Dewan Meranti 2, Seksyen U20 di Petaling pula akan ditutup pada 6 September nanti.

BACA JUGA : Gempar !!! Darah bertukar jadi nanah lepas disuntik Sinovac?, Ini penjelasannya

“Dua lagi PPV iaitu Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Dewan Sivik MBPJ di Petaling akan ditutup pada 30 September nanti,” katanya.

JKAV juga memaklumkan bahawa PPV Stadium Nasional Bukit Jalil tidak lagi menerima walk-in bukan warga negara bermula semalam dan akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah temu janji.

Untuk mendapatkan temu janji, individu perlu mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui MySejahtera, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800-888-828.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/855270/569-peratus-populasi-dewasa-malaysia-sudah-lengkap-vaksin