Malaysia buat rundingan dengan Arab Saudi supaya tiada diskriminasi vaksin – KJ

Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin bagi individu yang mahu ke negara itu untuk mengerjakan umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin Covid-19 (yang digunakan Malaysia) adalah berkesan dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia di Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin Covid-19, iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja bagi individu yang mahu ke negara berkenaan.

Malaysia buat rundingan dengan Arab Saudi supaya tiada diskriminasi vaksin - KJ

Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata, individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Arab Saudi boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan depan. (Gambar AP)

Pada Julai, negara itu mengumumkan individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm diterima masuk ke negara berkenaan dengan syarat menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Khairy dalam pada itu berkata, satu ciri baharu dalam MySejahtera akan membolehkan individu memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat negara lain termasuk bagi urusan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.

Khairy sebelum ini memaklumkan individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Arab Saudi boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.

Pada majlis itu, KKM menerima sumbangan sejumlah 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program A’fiat TH 2021 bagi menambah keperluan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di beberapa hospital terpilih.

“Sumbangan ini bukan sahaja akan digunakan di unit ICU malah di unit lain yang sama penting bagi menguruskan kes bukan Covid-19 dalam fasa transisi kita keluar daripada pandemik ini,” kata Khairy yang menzahirkan penghargaan kepada TH atas sumbangan berkenaan.

Menurut menteri itu, sumbangan tersebut merupakan lanjutan daripada Program A’fiat TH 2020 yang menyaksikan TH menyumbang 57 mesin hemodialisis kepada 42 hospital kerajaan dengan nilai sumbangan hampir RM2 juta.

BACA JUGA : Panas !!! Isu Pulau Batu Puteh, akhirnya Tun M bersuara

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Malaysia buat rundingan dengan Arab Saudi supaya tiada diskriminasi vaksin – KJ […]