Malaysia akan amal kerja 4 hari seminggu?

Malaysia akan amal kerja 4 hari seminggu?. FIRMA-firma dan kerajaan seluruh Asia kini sedang cuba melaksanakan idea tempoh bekerja empat hari seminggu, namun, secara berhati hati.

Usaha melaksanakan idea itu tercetus susulan kajian yang mendapati waktu bekerja pada waktu sedia ada dilihat memberikan kesan buruk kepada kesihatan pekerja dan malah ia tidak diterjemahkan kepada produktiviti yang tinggi.

Portal berita Nikkei Asia melaporkan, Jepun antara negara yang terkenal dengan budaya kerja lebih masa, kini cuba melaksanakan sistem baharu itu dengan beberapa syarikat gergasi mengorak langkah pertama.

Antaranya, Hitachi yang mengumumkan akan melaksanakan sistem kerja empat hari seminggu kepada 15,000 pekerjanya dalam tahun kewangan ini.

Selain itu, syarikat pembangun permainan Game Freak, turut memperkenalkan sistem sama selain jenama seperti Panasonic dan NEC.

Portal berkenaan turut melaporkan, negara-negara lain di rantau ini turut menuju ke arah sistem sama termasuk Indonesia di bawah syarikat pembiayaan antara rakan setara (P2P), Alami.

Bagi syarikat itu, kerja empat hari seminggu mampu menambahbaik tahap kesihatan mental dan produktiviti pekerja.

Korea selatan pula, syarikat berasaskan pendididkan, Eduwill melaksanakan sistem kerja empat hari sejak 2019 lagi.

Begitu juga di India yang dalam proses melaksanakan empat kod buruh tahun ini yang dijangka mengubah waktu bekerja termasuk memberi pilihan kepada mereka untuk bekerja empat hari seminggu.

Berdasarkan kajian oleh syarikat pengambilan pekerja, Persol Holdings, daripada 1,000 responden yang dikaji, 23.5 peratus berkata mereka memilih waktu kerja tiga hingga empat hari seminggu.

Begitu juga laporan oleh firma kajian Milieu Insights pada Februari lalu mendapat trend sama di rantau ini dengan 78 peratus responden di Vietnam dan 69 peratus di Indonesia mahu waktu bekerja mingguan yang pendek.
Sejak beberapa dekad lalu, Jepun berdepan masalah Karoshi, iaitu kematian akibat kerja lebih masa.

Malaysia akan amal kerja 4 hari seminggu?

Sehingga Mac 2021, terdapat 2,800 tuntutan ganti rugi berkaitan Karoshi, meningkat 43 peratus berbanding 10 tahun lalu, menurut angka rasmi dikeluarkan kerajaan.

Isu itu mencetuskan kegusaran awam apabila pekerja berusia 24 tahun di sebuah syarikat pengiklinan, Dentsu, dilapor membunuh diri pada 2015 selepas bekerja sangat lebih masa.

Bukan sahaja Jepun, negara jirannya, China dan Korea Selatan turut mempunyai budaya kerja lebih masa yang hampir sama.

Di China, terdapat budaya kerja ‘996’ iaitu tempoh bekerja 9 pagi hingga 9 malam dan enam hari seminggu manakala di Korea Selatan secara purata penduduknya bekerja selama 1,908 jam pada 2020, tertinggi di Asia dan 221 jam melebihi purata Organisasi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD).

Secara purata, kadar produktiviti bagi 10 negara ASEAN adalah 81 peratus lebih rendah dari Amerika Syarikat.

BACA:

Terkini : BNM naikkan OPR kepada 2 Peratus

KWSP: Rupanya ada 17 jenis pengeluaran khas yang anda boleh buat

Tular gambar persediaan polis trafik dengan kameranya, ‘Snap’ dulu bayar kemudian

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)