Malaysia Airlines bakal jual 6 pesawat Air Bus miliknya

Malaysia Airlines bakal jual 6 pesawat Air Bus miliknya

Malaysia Airlines bakal jual 6 pesawat Air Bus miliknya. Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines, hari ini mengesahkan bahawa ia mengeluarkan notis tender pada 12 Julai lalu kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat dan/atau komponen Airbus 380 (A380).

“Ini susulan keputusan kumpulan untuk mengeluarkan angkatan A380, pasca proses penstrukturan semula yang selesai pada Mac 2021.

“Syarikat penerbangan akan mengikuti proses sewajarnya dalam menilai permohonan oleh prospek pembida dan menjangkakan ia akan selesai pada suku keempat 2021,” kata kumpulan kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Malaysia

MAG memberikan maklum balas terhadap berita bahawa anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd sedang melaksanakan satu tender terbuka penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.

Pihak yang berminat dipelawa menghantar cadangan menjelang 12 Ogos 2021.

Malaysia Airlines sebelum ini menyelesaikan penstrukturan semula hutang dalam masa empat setengah bulan, menjadikannya organisasi penerbangan terpantas dalam sejarah melaksanakan proses itu dalam tempoh yang singkat.

Sejumlah 75 pemiutang, dengan jumlah hutang yang ditanggung oleh Malaysia Airlines berjumlah kira-kira RM15 bilion, terbabit dalam pelan penstrukturan semula itu.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/07/839858/malaysia-airlines-keluar-tender-jual-pesawat-a380

Jika Terlepas: Semua negeri akan dapat vaksin Pfizer