Malang Malaysia Dapat PM dan KSN Tidak Peka

Malang Malaysia Dapat PM dan KSN Tidak Peka

DUA kejadian semalam yang menunjukkan kepanikan berlaku gara-gara Covid-19 bukan di kalangan rakyat orang kampung sahaja tetapi pihak berkuasa juga termasuk golongan profesional.

Pertama dan ini sesuatu yang tidak patut berlaku dalam negara sudah merdeka lebih 60 tahun apabila urusetia mesyuarat khas bagi selaraskan perintah kawalan perjalanan ke negeri-negeri ekoran Covid-19 yang dikepala sendiri oleh KSN, Zuki Ali melakukan kesilapan tidak sepatut berlaku. Kesilapan taraf yang boleh diciskan.

Pada mesyuarat itu empat orang ketua kerajaan negeri kebetulan pembangkang, yakni Menteri Besar Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Sabah tidak dijemput sama menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Pengecualian daripada menjemput ketua-ketua kerajaan itu dilihat satu diskriminasi atau penyisihan negeri-negeri pembangkang dimana ia tidak sepatut berlaku memandangkan wabak Covid-19 menyerang sesiapa sahaja tanpa negeri pembangkang atau parti pemerintah.

MB Selangor merintih dan kesal atas keciciran itu memandangkan Selangor menjadi negeri yang utama berhadapan dengan risiko berkenaan.

Apa yang terjadi itu sesuatu yang pelik. Bagaimana pun KSN  Zuki Ali  mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kekhilafan itu. Kejadian itu menimbulkan sunggutan oleh Muhyiddin katanya. Katanya juga Muhyiddin memandang berat dengan kejadian itu dan menegaskan akan bekerjasama dengan semua negeri pembangkang.

Kenyataan itu seperti mahu membela perdana menteri itu.

Alasan silap diberikan Ziki itu tidak dapat diterima, susah nak masuk ke dalam kepala. Masakan sebagai KSN yang diangkat untuk memegang jawatan dengan gaji puluhan ribu dan berdasarkan pengalaman dan professional dalam berkhidmat hal-hal sebegitu tidak sepatut berlaku. Kalau KSN juga sedia untuk jadi Pandir, elok berhenti sahaja. Cis.

Kesan dan persepsi disebalik kejadian itu besar memandangkan kerajaan yang ada sekarang ini baru dibentuk. Kejadian menyisihkan negeri pembangkang itu menyebabkan ada yang beranggapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) cuba mengembalikan semula budaya kerajaan BN dahulu yang memicingkan mata kepada negeri pembangkang.

Zuki kena bertanggungjawab bukan sahaja memohon maaf atas kejadian itu, tetapi beliau perlu tekad untuk memastikan segala urusan dan perkhidmatan kakitangan kerajaan dibawa tanggungjawabnya bekerja dengan penuh etika dan tidak cuba mengikut sentimen parti politik.  Sekali lagi cis.

Bebas dan kosongkan kepala anda dengan sebarang elemen politik yang tidak menguntungkan rakyat dan negara.


Kejadian kedua yang berlaku semalam juga adalah perintah kepada orang ramai agar mengambil permit perjalanan oleh Polis di Raja Malaysia, (PDRM) yang telah menimbulkan masalah. Ekoran arahan itu menyebabkan balai polis diserbu orang ramai yang datang untuk mengambil permit perjalanan.

Bacaan Lanjut : http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/malang-malaysia-dapat-pm-dan-ksn-tidak.html