Makin gemuk kerana PKP, ramai luah rasa kecewa

Makin gemuk kerana PKP, ramai luah rasa kecewa

Total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sememangnya mengajar kita mengadaptasi dan membiasakan diri dengan NormaBaharu.

Jika dahulu kita bebas melakukan aktiviti riadah dan bersukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan, kini rakyat terpaksa duduk di rumah untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Biarpun pergerakan semakin terbatas, ia tidak bermakna kita perlu abaikan rutin penjagaan kesihatan diri sendiri.

Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda cerita dan perkongsian pengguna media sosial menggunakan masa yang ada untuk menjaga kesihatan diri dan cara mereka mengekalkan berat badan masing-masing.

Menurut pengguna laman YouTube, Syah Fiekall berat badannya semakin meningkat ketika total lockdown.

Hal ini kerana, dia tidak dapat melakukan aktiviti sukan kegemarannya setiap petang iaitu bermain sepak takraw kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Syah Fiekall mengeluh berat badannya meningkat sejak PKP 3.0

Syah Fiekall mengeluh berat badannya meningkat sejak PKP 3.0

Begitu juga Muhammad Azri, yang berkata bahawa berat badannya kini naik mendadak dari 45 kilogram kepada 62 kilogram.

Muhammad Azri berkata berat badannya naik dengan drastik

Muhammad Azri berkata berat badannya naik dengan drastik

Namun, menurut perkongsian Sid pula, dia berjaya menurunkan 30 kilogram sejak dari PKP 1.0 sehingga sekarang.

Jelas Sid, dia sering berjoging di kawasan perumahan dengan jarak sejauh lima hingga 10 kilometer setiap hari selain menjaga pengambilan kalorinya.

Sid berkata dia masih aktif berjogging di kawasan rumah

Sid berkata dia masih aktif berjogging di kawasan rumah

Jelas lolkid126 pula, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 12 kilogram sejak 26 hari melakukan diet.

Katanya, diet yang digunakan adalah dengan meminum air kosong sebanyak mungkin dan memakan buah-buahan sahaja, tanpa mengambil sebarang daging, telur dan nasi.

Lolkid126 berkata makan buah-buahan merupakan cara terbaik untuk diet

Lolkid126 berkata makan buah-buahan merupakan cara terbaik untuk diet

Kongsi Tasya asha, PKP membuatkan dirinya sedikit risau untuk melakukan aktiviti riadah seperti berjoging kerana tidak mahu dikenakan denda oleh pihak berkuasa.

Luahnya lagi, berat badannya meningkat kerana tidak melakukan sebarang senaman kerana dia berpendapat ia tidak menyeronokkan jika dilakukan di dalam rumah.

Tasya asha akui bimbang untuk bersenam ketika waktu PKP

Tasya asha akui bimbang untuk bersenam ketika waktu PKP

Menurut Rozanah AG pula, dia berjaya mengekalkan berat badannya sepanjang tempoh PKP 3.0.

Cara yang digunakan adalah bermain badminton setiap petang di halaman rumahnya.

Namun, bagi Rozanah AG sukan badminton membantunya untuk mengekalkan berat badan daripada meningkat naik

Namun, bagi Rozanah AG sukan badminton membantunya untuk mengekalkan berat badan daripada meningkat naik

Sementara itu, bagi Zaharah Kodri, berat badannya masih ideal meskipun di dalam tempoh PKP.

Hal ini kerana, dia sering mengamalkan pemakanan seimbang selain melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menyiram pokok bunga serta nanas yang ditanamnya.

Ada yang berpendapat bahawa jika menjaga pemakanan dengan betul mampu mengelakkan diri dari kegemukan

Ada yang berpendapat bahawa jika menjaga pemakanan dengan betul mampu mengelakkan diri dari kegemukan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/gaya-hidup/diarilockdown-ramai-mengeluh-berat-badan-meningkat-garagara-kurang-bersenam-303496