Apabila memasuki keluarga baru, pastilah sesiapa pun akan teruja kerana bertemu dengan ahli keluarga yang lain yang berbeza budaya mahupun adat mereka.
Namun, kadang apa yang menyeronokkan itu bukanlah perkara yang elok jika kita tidak tahu mengawalnya.
Wanita ini menceritakan kisah rumahtangganya yang dikawal oleh mertua hingga segala keputusan dalam rumah harus dibuat mengikut kata-katanya.
Hai semua. Assalamualaikum. Aku post sekadar nak meluah. Aku tak tahu nak meluah dekat mana.
Tak berani nak luah dekat family atau kawan-kawan sebab takut dorang akan ada persepsi buruk dekat keluar mertua aku.
At least kalau aku meluah, kepala aku lapang. Hati aku tak membengk4k. Haihh macam mana nak start pun aku tak tahu. Okay, aku dah berkahwin. 6 tahun. Anak sorang. Tahun ni dah masuk 4 tahun mak mertua aku duduk dengan aku.
Dengan suami dan anak kami. Mak mertua aku ibu tunggal. 4 tahun aku belajar jadi manusia sabar, banyak mengalah. Biasalah kan, orang tua. Macam-macam per4ngainya. Kadang-kadang dia buat per4ngai sikit je tapi bila dah kumpul – kumpul, boleh membengk4k hati kita ni menanggungnya.
Sebelum mak mertua aku duduk dengan kitorang, dia duduk sendiri. Bekerja. Lepas pencen, laki aku buat keputusan nak jaga mak dia. I have no choice sebab adik beradik suami aku masa tu belum ada yang berkemampuan nak tanggung mak dorang.
Walaupun kitorang pun belum mampu masa tu tapi suami aku kata, mana tahu lepas jaga mak rezeki kita melimpah. Dan ya, tak dinafikan lepas jaga mak dia beberapa bulan, kitorang direzekikan dapat beli rumah. Subsale double storey.
Masa tu pun kitorang baru dapat baby. Sebagai hadiah melahirkan, suami aku letak rumah atas pemilikan bersama. Nama aku dengan dia dalam geran. Kitorang masuk rumah tu g4mble je. Tak ada renovate ke apa. Memang masuk duduk terus dengan apa barang yang kitorang ada.
Dan Alhamdulillah, tahun ni baru suami aku cukup bajet untuk renovate. Rancang dah lama sebenarnya cuma tahun lepas baru berani nak keluarkan duit banyak untuk renovate. Disebabkan mak mertua aku pun dah m4kin tua, tak selamanya dia larat nak naik turun. Jadi kami nak buatkan satu bilik dekat tingkat bawah.
Dan benda ni lah yang buat kemuncak kesabaran aku teruji. Ya, aku tahu aku cuma surirumah. Tapi segala hal dalam rumah, aku yang urus. Dari cuci toilet, masak, kemas rumah, lap lantai. Semua lah. Aku yang buat. Tapi mak mentua aku yang nak buat semua keputusan renovation.
Nak cat rumah warna apa. Nak pilih grill macam mana. Nak kitchen cabinet warna apa. Deko macam mana. Semua. Semua dia yang nak buat keputusan. Sampaikan dia pernah cakap, bilik demo ikut demo lah nanti nak buat lagu mano.
Dia seolah bagi hak untuk aku deko bilik aku je. Masa suami aku cakap nak reno rumah, dia terpaling excited cakap ‘Alhamdulillah merasa juga nak cantik – cantik kan rumah. Seumur hidup tak pernah merasa’. Dah dia jadikan itu lesen untuk dia buat keputusan.
Setiap kali bercakap pasal renovation rumah, aku akan diam je sambil tahan s4kit hati dan tahan dari bercakap yang meny4kitkan hati orang. Aku pernah meluah dekat suami aku, aku kata kalau dia renovate rumah untuk penuhi kemahuan mak dia, habis aku?
Takkan nak tunggu anak aku yang penuhi macam dia penuhi keinginan mak dia? Suami aku diam. Lepas dari tu, apa – apa suami akan minta pendapat tapi tak bagi mak dia buat keputusan. Aku juga. Sekadar boleh bagi pendapat, bukan keputusan. Adil dia kata.
Belum lagi mentua aku yang jenis sayang barang. Malah kalau kotak aku beli barang online pun, dia akan simpan. Cawan air beli tepi jalan tu pun dia akan basuh, guna. Padahal cawan dekat rumah banyak dah. Aku tak tahu dia nak guna untuk apa.
Kadang-kadang aku rimas betul banyak barang dalam rumah aku. Tapi mak mertua aku baik. Dia lah yang tolong jaga anak aku kalau aku masak ke mandi ke. Kalau aku ada g4duh dengan suami pun, dia lah tempat aku bercerita.
Nanti dia lah yang akan sekolahkan anak dia. Tapi tu lah, kadang-kadang benda kecik bila kita pendam, lama – lama boleh jadi b4rah kan. Penat weh 4 tahun aku berper4ng dengan perasaan aku. Kadang-kadang aku kesian dekat mak mertua aku.
Orang tua yang lain, menua bersama pasangan. Habiskan masa sama – sama dengan suami. Ke sana ke sini. Mak mentua aku, tak. Dia harapkan suami aku je semua. Anak lelaki dia yang lagi dua orang tu.. Entahlah. Abang ipar aku dulu, businessman.
Bila PKP, bisnes dia slow. Dia cepat – cepat mohon gov. And now DG41 as gov servant. Tapi tiap bulan sentiasa tak cukup duit. Minta laki aku duit. Tiap bulan ya. Tiap bulan RM200. Laki aku tak bercerita, aku baca Whatsapp.
Adik laki suami aku pun macam tu juga. Dia duduk kampung, kerja dengan pak mentua dia. Harapkan duit upah dari pak mentua dia je lah. Dia pun sama, tiap bulan minta suami aku RM200. Tak ada pun ayat pinjam, ayatnya ‘ada RM200 tak?’.
Belum lagi nak raya ni. Hal adik beradik pun suami aku kena fikir. Setiap kali raya, bila suami aku sibuk nak cari baju raya mesti mak mertua aku akan buat ayat sedih dekat anak – anak dia yang lagi dua tu. Macam mana lah dorang nak raya. Cukup duit ke tak nak beli baju raya. Allahhhh.
Setiap kali raya turn belah suami aku, akan balik rumah adik lelaki dia sebab adik dia duduk dekat kampung dorang. Dan setiap itu juga, semua perbelanjaan suami aku yang keluarkan. Sampaikan abang dia yang kerja gov tu nak balik kampung berkumpul adik beradik pun, suami aku sponsor.
Bukan setakat minyak, tol baju raya anak beranak abang dia, laki aku yang sponsor. Kalau tak, abang dia buat lah alasan apa – apa untuk elak dari balik kampung. Laki aku pun bagi je lah sebab nak berkumpul adik beradik punya pasal.
Belum lagi beli lauk – lauk nak masak. Dari barang kering, barang basah. Kalau seminggu balik kampung, seminggu punya perbelanjaan lah kena beli. Korang faham tak, aku ni harapan keluarga aku dulunya. Tapi sebab aku tak diizinkan kerja, aku nak bagi duit belanja dekat parents aku pun kadang-kadang tak boleh.
Duit bulanan suami aku bagi, aku spare sikit setiap bulan untuk beli keperluan raya parents aku. Cukup masa, aku boleh belikan baju, lauk untuk raya. Tapi adik beradik laki aku, senang je kerah laki aku. Memang suami aku mampu tapi s4kit dia, aku je tahu.
Macam mana gila dia kerja tiap hari, hal anak – anak fully pass dekat aku semata nak dapatkan sales, nak semua happy bila raya. Aku nak beli itu ini pun bercatu. Suami aku tiap kali belanja barang dapur akan tengok balik apa aku beli untuk make sure tak beli yang bukan bukan.
Tapi mak dia, main ambil – ambil je. Kadang-kadang tu beli barang kata nak masak itu lah ini lah, last – last membusuk dalam peti. Aku selalu mengalah kalau membeli barang dapur. Nak ambil apa – apa pun takut. Takut kena cek dengan laki aku, nanti aku sedih.
Korang tahu tak, sejak mak mertua aku duduk sekali, aku tak pernah pergi bercuti dengan family kecil aku. Mesti mak mertua aku akan ikut. Orang dah berkahwin ni, mesti teringin kan bercuti dengan suami. Dengan anak. Nak relax – relax. Lapangkan kepala.
Aku tak. Mak mertua ikut dan duduk sebilik sekali. Dia pula jenis suka flex. Aku bercuti nak relax, tak pasal pasal kena jadi tukang ambil gambar dia. Penat weh. Penat. Kadang-kadang kesian juga dekat mak ayah aku. Aku pergi bercuti tak pernah bawa dorang. Asyik bawa mertua aku je.
Kadang-kadang pernah datang perasaan, aku taknak dah bercuti sebab teringat dekat mak ayah aku. Tapi mak mertua aku pula asyik ajak pergi bercuti, berjalan. Kadang-kadang aku tak up apa – apa aku pergi jalan – jalan sebab nak jaga hati family aku tapi tu lah, mak mertua jenis semua nak up masuk fb. Dia masukkan, family aku nampak lah.
Pernah laki aku bawa aku bercuti sebab anniversary kitorang. Mak dia ikut. Bila malam tu laki aku nak ajak lah nak fine dining dekat hotel. Yelah, anniversary kan. Nak lah buat spesial sikit ehh mak mertua aku boleh cakap tak payah lah, buat apa nak makan dekat hotel. Mengada. Dia cakap dekat aku.
Sentap wehhh. Seolah macam aku yang mengada demand nak fine dining. Padahal aku tak mintak pun. Aku pernah banyak kali juga ajak laki aku bercuti bertiga je dengan anak tapi setakat ni tak dapat lagi.. Korang jangan bagi idea suruh anak lelaki dia yang lain pulak jaga. Memang tak jalan – jalan.
Sebelum ni pernah dia pergi rumah anak sulung dia, dia kata bosan duduk rumah je. Abang laki aku tak bawak dia jalan. Pernah tidur rumah adik laki aku seminggu dua, dia kata habis miskin dia duduk situ. Semua dia kena keluar duit.
Nak keluar jalan pun, duit dia yang kena keluar. Allahuakbar. Terk3jut aku dengar. Aku tak sangka weh sebab mak mertua aku baik je sebenarnya tapi tak tahu kenapa dia cakap macam tu. Adik perempuan laki aku, memang tak boleh lah sebab laki dia tak ngam dengan mak mertua aku. Haihh..
Yelah weh, duduk dengan laki aku tiap kali laki aku free mesti bawa keluar jalan – jalan. Beli apa dia nak semua laki aku bayar. Seronok lah kan. Tetiba duduk dengan anak yang lain, kena duduk rumah je. Duit banyak keluar, mana maunya dia nak.
Aku ni toxic ke wehhh? Aku nak meluah lagi. Nanti aku sambung. Alhamdulillah, dah lepas beban kepala aku sikit – sikit. Ringan dah dapat meluah. Terima kasih korang sudi ‘dengar’ luahan aku. – Lyla (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Selepas Nik Nur Madihah, ini keadaan terkini pelajar terbaik SPM 2007 ramai nak tahu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio