Majoriti golongan terkesan PKP tiada KWSP, mana diorang nak korek duit?

Majoriti golongan terkesan PKP tiada KWSP, mana diorang nak korek duit?

Muhyidin umum rakyat boleh keluar duit sendiri RM 500 sebulan selama setahun di KWSP, Nasib dia tak umumkan Rakyat boleh keluarkan Duit Tabung Haji setiap bulan.. akhirnya ia tetap tidak mencapai sasaran… implikasi kewangan KWSP lebih RM 40 Billion..

Bayangkan, Menonton Awani tadi, awal lagi ianya dikritik seorang Pensyarah,..sebab ia sebenarnya tak mencapai sasaran,,,Sepatutnya pengeluaran hanya dibenarkan kepada mereka yang benar benar terkesan seperti dicutikan.. Diberhentikan atau benar benar terkesan..bukan dibuka kepda semua..

Hakikatnya majoriti pencarum KWSP ini mereka yang menerima gaji bulanan…mereka ada majikan… tetapi kelompok Penjaja kecil, pekerja dengan gaji harian, Nelayan Petani,Pemandu teksi, pesara tidak akan dapat sebarang Manfaat.. sedangkan mereka paling terkesan akibat wabak ini..kelompok ini boleh dikatakan takda caruman KWSP..

Waktu yang mendesakk adalah tempoh 2 Minggu ni.. Bukan 12 Bulan akan datang..Kita faham mungkin kerajaan tidak ada duit.. tetapi Mengapa perlu beri implikasi kewangan kepada KWSP sampai RM 40 Billion ? akhirnya yg dapat manfaat orang yang dapat gaji bulanan..

Jika Kerajaan boleh pinjam RM 2 Billion kepada KWSP atau KWAP untuk tambah jumlah Bantuan Sara Hidup(BSAH/BRIM) RM 500 satu keluarga…atau gantian pendapatan kepada 4 Juta isi Keluarga terjejas.. itu lebih baik..itu lebih bersasar kepada kelompok miskin dan Penjaja kecil….itu lebih baik.. mengapa perlu korbankan duit KWSP mereka…

Makin pelik lah Kerajaan baru ni,, nampaknya depa ni masih pro Kapitalis.. Patut lah Presiden Mahkamah Timbangtara MATE, Tan Sri Profesor Muslim Yacob kata Menteri Kewangan baru ni tak pernah tolong orang Melayu.. 🙂

Ipohmali