Main telefon mak, anak terbeli TV 86 Inch bernilai RM10,000, sekali ini yang jadi..

Main telefon mak, anak terbeli TV 86 Inch bernilai RM10,000, sekali ini yang jadi.Membeli belah atas talian (online) merupakan perkara biasa dalam kalangan berjuta orang di seluruh dunia.

Namun, kini, pembelian barang dan perkhidmatan atas talian semakin rancak dan melonjak naik

Mana tidaknya. Ianya sangat cepat dan mudah. Anda boleh melihat lebih banyak barang yang terjual dan membuat pembelian dengan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah anda.

Tambahan pula dalam waktu pandemik ini, pembelian dalam talian semestinya sangat digalakkan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita merakam kedua anaknya menangis kerana tidak sengaja membeli TV menarik perhatian netizen.

Main telefon mak, anak terbeli TV 86 Inch bernilai RM10,000, sekali ini yang jadi..

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jooleemomi, memaparkan dua gelagat kanak-kanak sedang menangis kerana telah membeli sebuah televisyen secara tidak sengaja.

Kejadian yang berlaku di luar negara itu telah mencuit hati warga maya kerana si cilik itu dikatakan telah menggunakan telefon bimbit ibu mereka dan ‘tak sengaja’ telah memesan sebuah televisyen pula!

Dalam video tersebut, kedua kanak-kanak itu dilihat sedang menangis sambil menekup muka kerana dimarahi ibu mereka.

Turut terlihat sebuah televisyen bersaiz mega di sisi dipercayai ‘bahan bukti’ pembelian.

Difahamkan, televisyen jenama LG itu bersaiz 86 inci dan berharga sekitar RM10,000 dan pastinya telah mengundang kemarahan si ibu.

Video yang tular di laman TikTok:
@jooleemomi

#throwbackvideo #toddlermom #momoftwo #momoftwoboys

♬ original sound – Kels Ferguson

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 11.7J tontonan, 549.5K tanda suka, 10.8K komen dan 67.2K perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur dengan video tersebut, malah memuji ini ialah salah satu peringatan kepada ibu bapa diluar sana untuk sentiasa memantau pergerakan anak.

Bukan itu sahaja ada juga yang mengecam wanita ini menggunakan anak-anaknya kerana semata untuk membuat content TikTok.

Antara komen para netizen:

“Kepada mereka yang fikir dia membuat video anaknya menangis, audio ini bukan milik dia”

Main telefon mak, anak terbeli TV 86 Inch bernilai RM10,000, sekali ini yang jadi..

“Awak guna kanak-kanak semata untuk views?”

Main telefon mak, anak terbeli TV 86 Inch bernilai RM10,000, sekali ini yang jadi..

“Ibu mana yang menyuruh anak untuk menangis untuk mendapatkan views dan likes di internet?”

Main telefon mak, anak terbeli TV 86 Inch bernilai RM10,000, sekali ini yang jadi..

TONTON:

BACA:

Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu enggan ambil dos penggalak – KJ

Anak perempuan Zul Huzaimy dah besar, cantik tarik perhatian

Cara mudah hilangkan kapur dalam Mi Kuning yang ramai tidak tahu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)