Mahkamah Tinggi putuskan sekolah vernakular tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Mahkamah Tinggi putuskan sekolah vernakular tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan.Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan, kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular, serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantara utama di sekolah terbabit, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak saman dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Menurut laporan Astro Awanii.Ketiga-tiga pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular, adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) perlembagaan.

Mereka juga memohon perisytiharan kewujudan dan penubuhan sekolah terbabit bertentangan dengan perlembagaan.

Mohd Nazlan dalam penghakimannya berkata, penggunaan bahasa selain Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah venakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.

Katanya, sekolah vernakular juga dilindungi oleh perlembagaan.

BACA JUGA:

Fosil kepala raksasa laut ditemui
Jemaah umrah mengamuk tersadai 6 jam di KLIA gara-gara kena pakai jam ‘tracker’
CEO Serba Dinamika kena waran tangkap

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)