Mahkamah Tinggi arah kerajaan laksana pindaan Undi18 tahun ini

Mahkamah Tinggi Kuching hari ini mengarahkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob melaksanakan pindaan Undi18 sebelum 31 Dis ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew membenarkan permohonan yang difailkan lima belia Sarawak untuk mencabar keputusan kerajaan terdahulu tidak melaksanakan pindaan Undi18 pada Julai.

“Mahkamah turut mengeluarkan perintah untuk membatalkan keputusan kerajaan persekutuan yang pindaan Undi18 hanya boleh dilaksanakan menjelang September 2022,” katanya semasa prosiding dalam talian hari ini.

Mahkamah Tinggi arah kerajaan laksana pindaan Undi18 tahun ini

Lima belia Sarawak, berusia 19 hingga 20 tahun, memfailkan permohonan Mei lalu untuk membatalkan keputusan kerajaan ketika itu tidak melaksanakan pindaan Undi18 Julai lalu.

Mereka mendakwa keputusan menangguhkan pelaksanaan itu tidak munasabah kerana menafikan hak mereka menjadi pengundi. Buat masa ini, hanya rakyat berumur 21 tahun ke atas boleh mendaftar sebagai pemilih.

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/03/mahkamah-arah-kerajaan-laksana-pindaan-undi18-tahun-ini/

BACA JUGA : Bukit Aman sudah ambil keterangan ‘Sittah Annur’ dirumahnya