Mahkamah keluar waran tangkap, Exco Pas Terengganu gagal hadir perbicaraan. Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri,
Mohd Nor Hamzah kerana gagal hadir memberi keterangan perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai hakim pilihan raya selepas peguam pempetisyen,
Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Adun Bukit Payong.
Hassan ketika prosiding pada Selasa, mengarahkan Mohd Nor hadir semula ke mahkamah hari ini untuk menyambung memberikan keterangannya.
Bagaimanapun, Mohd Nor gagal hadir ke mahkamah dan perbicaraan bagi petisyen pilihan raya Marang akan disambung pada 19 Mac ini, lapor Berita Harian.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu menolak bantahan awal dikemukakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional.
Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.
Pada 3 Januari lalu, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umno Terengganu Ahmad Said berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
BACA:
Kain Nadia Brian ‘terlondeh’ di karpet merah, sekali ini yang jadi