Mahfuz minta polis segerakan siasatan atas dirinya

Mahfuz minta polis segerakan siasatan atas dirinya

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta pihak polis menyegerakan siasatan ke atas beliau yang dikaitkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahfuz berkata beliau tidak mahu imej pasukan polis terjejas jika melambat-lambatkan siasatan terhadap beliau.

Katanya, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis kerana membuat kenyataan mahu membuka siasatan terhadap saya.

mahfuz

“Harap pihak polis dapat segera membuka siasatan dan memanggil saya kerana tidak mahu imej pasukan polis terjejas jika melambat-lambatkan siasatan terhadap saya.

“Saya tidak mahu kes saya dianggap satu lagi kes kluster kayangan kerana saya merupakan ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri,” katanya kepada Astro AWANI.

Terdahulu Astro AWANI melaporkan polis Kedah membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar ‘Datuk’ di negeri itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi gambar yang ditular di laman sosial, Ahli Parlimen terbabit dikatakan sedang duduk di atas meja sambil bersila dan bersembang santai secara terbuka ketika satu program bantuan.

Ramai yang mempertikaikan tindakan ahli Parlimen terbabit sedangkan Kedah ketika ini masih menjalani Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang antara lain tidak membenarkan sebarang bentuk majlis keramaian.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-langgar-sop-mahfuz-minta-polis-segerakan-siasatan-keatasnya-306625

BACA JUGA : Langgar SOP : Polis mulakan siasatan, Mahfuz beri kerjasama penuh