Mahathir perlu segera bentuk kabinet baru, kata SUA AMANAH

Mahathir perlu segera bentuk kabinet baru, kata SUA AMANAH

Datuk Wira Dr  Mohd Hatta Ramli menyeru Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menyegerakan proses pelantikan Perdana Menteri dan Kabinet baharu kerajaan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Lumut merangkap Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, proses tersebut perlu disegerakan bagi mengelak operasi pentadbiran kerajaan terus tergantung ekoran ketiadaan Jemaah Menteri. Katanya, banyak program yang telah dilaksanakan dan sudah dirancang untuk pelaksanaan demi manfaat rakyat dan negara kini terbantut dan tergantung di separuh jalan tanpa penyelesaian.

“Kita bimbang dengan keadaan sehari dua ini tidak ada kabinet Menteri dan Timbalan Menteri jadi kita berhara suasana ini dapat diselesaikan dengan kada segera.

“Semua opsyen yang ada membolehkan ditadbir dengan baik perlu diambil kira Perdana Menteri Sementara yang telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Al-Abdullah Ri-ayatuddin Mustafa Billah Shah. “Sebab itu kita (pemimpin PH) meneruskan perjumpaan dari semalam lagi dan saya difahamkan ada banyak pergerakan di Istana ke arah pembentukan kerajaan..jadi saya berharap ada usaha-usaha meredakan suasana dalam negara dan dapat stabilkan suasana serta kembalikan negara kepada tapak menyenangkan bagi rakyat,” katanya kepada pemberita di hadapan kediaman Anwar Ibrahim, seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Beliau terdahulu meluangkan masa kira-kira sejam bersama Presiden PKR menerusi perjumpaan biasa yang mana turut disertai Pemimpin PKR, Datuk Johari Abdul dan Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong.

Hatta juga memberitahu bahawa dalam keadaan rakyat yang menghadapi ancaman jangkitan virus Corona atau Covid-19 yang masih belum diselesaikan sepenuhnya satu persiapan muktamad ke arah membentuk pentadbiran Kabinet baharu perlu dipercepatkan Ahli Parlimen Langkawi tersebut.

“Kita perlukan satu persiapan yang perlu disegerakan. Saya rasa itu sumbangan kita yang pernah berada dalam kerajaan semasa bertanggungjawab untuk menjadi sebahagian penyelesai. “Maka dalam perkara ini kita tidak boleh membiarkan fungsi kerajaan sebagai umpama autopilot (pemanduan automatik),” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai perbincangan mereka di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson pagi ini, katanya, pihak terus mengadakan perbincangan dengan sesama pemimpin politik, rakan politik dan parti politik lain.

“Kami mahu mara ke arah kestabilan yang merupakan sesuatu tanggungjawab yang harus dikongsi semua, bukan sekadar kumpulan minoriti.

“Bagi tujuan itu kami akan meneliti beberapa hasil siri perbincangan yang telah diadakan dan percaya itu menjadi tanggungjawab kami untuk meneruskan kesinambungan apa yang telah dirangka dan diketengahkan demi rakyat,” katanya.

Beliau juga menyatakan pihaknya tidak memaksa sesiapa atau menuntut apa apa sebaliknya mahu apa yang telah disusun untuk pembangunan rakyat dan anak muda diteruskan semula secepat mungkin menerusi pembentukan kabinet baharu.

“Ini penting kerana kita perlu tubuh kerajaan baharu segera dan malam ini saya boleh meramalkan perbincangan Mesyuarat Presiden PH akan menyentuh bagaimana PH boleh buat kepada rakyat dan negara

“Mengambil kira apa yang berlaku semalam sehingga pasaran pun terkesan kini situasi itu boleh dimitigasikan sebaliknya dengan penyegeraan PM baharu dan kabinet baharu.

“Saya positif ia menjadi tugas PM sementara melantik pengganti baharu dan siapa yang akan tersenarai dalam kabinet dan terutama sekali siapa yang YDPA merasakan mewakili dan disokong majoriti ia akan terlaksana kelak,” katanya lagi.

Diminta komen mengenai harapan pembangkang yang memberi bayangan menunggu isyarat hijau Istana untuk membuktikan sokongan majoriti dan membentuk kerajaan Pakatan Baharu,Hatta berkata ia bagus untuk pembangkang.

“Kalau mereka ada situasi sebegitu, bagus untuk mereka dan tunggu Agong panggil…terpulang kepada mereka dan kita tunggu serta lihat nanti, apa- apa boleh berlaku dua hari ini.. kita tunggu.

“Kami juga (PH) termasuk saya juga selaku pemimpin tidak menerima panggilan peribadi daripada Tun M,” katanya

Berita Asal https://malaysiadateline.com/mahathir-perlu-segera-bentuk-kabinet-baru-kata-sua-amanah/