MAEPS Serdang dipersiapkan jadi pusat kurantin

MAEPS Serdang dipersiapkan jadi pusat kurantin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan sahaja menjaga kawasan merah Covid-19 tetapi juga melindungi kawasan hijau (bebas Covid-19) dari dicemari.

“Kita belajar apa yang dibuat di seluruh dunia termasuk di China. Ketika mereka ‘lockdown’ tiga wilayah iaitu Hubei, Henan dan Shaanxi, mereka juga protect Beijing,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, kerajaan akan memastikan kawasan hijau di negara ini tidak dimasuki oleh orang luar yang boleh membawa Covid-19 ke dalam kawasan itu.

Noor Hisham menjelaskan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.

Beliau memberikan penjelasan kenapa kawasan  yang tidak terlibat dengan Covid-19 juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MAEPS Serdang dipersiapkan jadi pusat kurantin

Dewan MAEPS yang biasanya digunakan untuk MAHA kini dipersiapkan untuk menjadi pusat kurantin Covid-19.

Dalam sidang media yang sama beliau juga memberitahu, KKM sedang menyiapkan prasarana bagi menangani kemungkinan Covid-19 semakin merebak dan mereka yang dijangkiti semakin ramai.

Beliau mengesahkan, dua dewan di MAEPS, Serdang sedang dipersiapkan untuk menjadi kawasan kurantin Covid-19 jika perlu.

“Kita persiapkan diri kita untuk yang terburuk,” kata Norhisham ketika mengesahkan MAEPS di persiapkan untuk menjadi tempat kurantin Covid-19.

KKM juga bersiap untuk menghadapi kemungkinan Covid-19 semakin banyak pertengahan April nanti.

 

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/beri-perlindungan-kawasan-hijau-covid-19-jelas-kp-kesihatan/