Macam mana nak bekal roti kalau tiada plastik?

Macam mana nak bekal roti kalau tiada plastik?

Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk membenarkan kilang pengeluar kotak dan plastik terus beroperasi, walau tiada dalam senarai perkhidmatan penting.

Mukhriz berkata, kilang tersebut perlu dianggap perkhidmatan penting kerana kilang yang mengeluarkan makanan seperti roti tidak dapat membungkusnya tanpa kotak atau plastik.

“Makanan ada pembungkusan sendiri. Misalnya plastik diguna untuk pembungkusan roti. Macam mana nak bekal roti kalau tiada plastik?

“Jadi kita minta kementerian agar tidak sekat (operasi) kilang yang buat bungkusan makanan…Kita anggap ia sebagai (perkhidmatan) penting walau ia kilang plastik,” katanya dalam sidang media di Alor Setar, hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/516806