Lonjakan kes baru di Johor, 57 peratus berpunca dari Industri

Lonjakan kes baru di Johor, 57 peratus berpunca dari Industri

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Johor kebelakangan ini, dikenal pasti berpunca daripada kluster industri dan kluster komuniti, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Beliau berkata kes dikesan berlaku dalam kalangan pekerja yang tinggal di asrama pekerja dan berkaitan aktiviti sosial pada musim perayaan atau upacara kematian.

“Ini masih menggambarkan sikap masyarakat yang mengambil mudah langkah-langkah pencegahan penularan (sekali gus) menyumbang secara terus kepada peningkatan (kes),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

kes

Kes dikesan berlaku dalam kalangan pekerja yang tinggal di asrama pekerja dan berkaitan aktiviti sosial pada musim perayaan atau upacara kematian.

Johor mencatatkan sebanyak 1,144 kes baharu pada Sabtu dengan 284 kes adalah daripada kluster semasa.

Sehingga Sabtu, bilangan kluster aktif di Johor adalah sebanyak 174 kluster dengan 57 peratus merupakan penularan dalam industri, diikuti 17 peratus dalam komuniti dan bakinya lain-lain penularan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/153152/KHAS/Covid-19/Kes-Covid-19-melonjak-di-Johor-punca-kluster-industri-komuniti

BACA JUGA : Terkini !!! Najib persoal majoriti Muhyiddin, perlu uji di Parlimen