Liyana Jasmay ‘sound’ padu kepada pelakon tak ada disiplin. Pernah berhadapan pengalaman dengan segelintir pelakon baharu, pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay mengharapkan pelapis generasi akan terus belajar.
Ia perlu demi memberikan kualiti lakonan terbaik selain tidak bersikap sambil lewa dalam melakukan kerja mereka.
Mengulas lanjut mengenai hal itu, Liyana, 34, turut mendedahkan pihak produksi ketika ini agak sukar untuk menemui pelakon baharu yang benar-benar mampu menjiwai skrip dan watak dengan baik.
“Ada yang tidak hafal skrip. Saya rasa, sikap sebegitu akan mencabar kesabaran sesiapa pun. Saya pula cepat melenting.
“Jika di set baru nak hafal skrip, pastikan jangan sampai saya nampak,” katanya.
Selain bergelar penerbit, Liyana yang juga turut pernah mengarah berkata sehingga ke hari ini, pada pandangannya dia tidak dapat lagi ‘menjumpai’ pelakon seperti Scha Alyahya dan Lisa Surihani.
“Sebagai pengarah, saya akui agak sukar untuk cari pelakon berbakat seperti Scha Alyahya, mahupun Lisa Surihani sekarang.
“Saya akan push newbies yang dilihat boleh jadi bintang. Saya bersedia untuk bantu mereka jauh ke depan sekiranya nampak ada usaha di situ.
“Saya yakin, sekiranya muka-muka baru ini tak main-main ketika bekerja, mereka boleh belajar ilmu lakonan dengan cepat.
“Sebenarnya wajah mereka yang berbakat inilah wajar diberikan banyak peluang untuk mewarnai industri dan berada di muka hadapan akhbar mahupun sesuatu artikel penulisan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaharu, Liyana muncul menerusi drama, Histeria The Series yang ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.
Histeria The Series merupakan kesinambungan kepada filem Histeria yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2008.
Ia mengisahkan tentang pelajar wanita di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka.
Selain Liyana, drama arahan James Lee itu turut dibintangi Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Nam Ron, Ziana Zain, Arash Mohd dan Farah Ahmad.
BACA:
Zuraida Ketua Umum Parti Bangsa Malaysia yang baru?
Ubahsuai rumah di Flat makin menular, arkitek dedah contoh binaan ‘haram’ yang biasa dibuat
Nasi Lemak penuh tahi bilis tak dibuang, gadis luah rasa kecewa walaupun beli RM1 sebungkus
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio