Lindungi Long Tiger, pondan bakal didakwa esok

Lindungi Long Tiger, pondan bakal didakwa esok.Seorang lelaki yang berperwatakan wanita akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok atas kesalahan melindungi Long Tiger.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan polis pada 28 Disember lalu bersama Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid, 32, di sebuah rumah di Jalan Kuala Ketil di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek akan dituduh esok mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan iaitu melindungi suspek yang lari dari tahanan sah.

“Suspek akan dituduh esok di Mahkmah Majistret Sungai Petani dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita hari ini.

MalaysiaGazette pada 28 Disember melaporkan, Long Tiger diberkas selepas hampir 15 hari menjadi buruan polis susulan lari dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

Abdul Hamim Ab Hamid, 32, yang merupakan etnik Rohingya itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman kira-kira jam 3.15 petang di sebuah kediaman di Jalan Kuala Ketil di sini.

MalaysiaGazette difahamkan, sebaik menyedari kehadiran pihak polis, suspek cuba meloloskan diri melalui bumbung sebelum berjaya diberkas.

Suspek dilaporkan mengalami kecederaan di kepala, dada, bibir serta tangan susulan tergelincir jatuh dari bumbung ketika dalam cubaan melarikan diri.

Selain Long Tiger, polis turut menahan seorang lelaki berperwatakan perempuan berusia 46 tahun di dalam salah sebuah bilik di kediaman tersebut.

BACA JUGA :

[Video] ‘Fed up’ tunggu jalan tak dibaiki, penduduk ambil keputusan tanam padi atas jalan
Misteri pulau tanpa manusia, dilitupi kepulan awan
Ini 10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan kita

Artikel ini disiarkan pada 08/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)