Lim Guan Eng pelik Muhyiddin tidak dipakai gelang putih waktu kuarantin

Lim Guan Eng pelik Muhyiddin tidak dipakai gelang putih waktu kuarantin

Saya telah menjalani ujian COVID-19 semalam di Jabatan Kesihatan Malaysia(JKM) Daerah Timur-Laut dengan mengambil darah. Syukur, keputusan ujian menunjukkan negatif.

Ini adalah ujian COVID-19 yang ketiga selepas saya kembali dari Sabah pada 26 September 2020; kali pertama pada 27 September, kali kedua pada 2 Oktober dan kali ketiga 9 Oktober. Ketiga-tiga kali menunjukkan negatif.

Sepanjang tempoh 14 hari ini saya telah memakai gelang pengawasan JKM berwarna putih dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Saya masih tidak faham mengapa Perdana Menteri tidak diwajibkan memakai gelang putih semasa melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Adakah terdapat Menteri-Menteri lain yang juga tidak diwajibkan pakai gelang putih seperti yang dikenakan ke atas rakyat biasa, mengulangi amalan antara dua darjat atau double standard Menteri Khairudin?

Sumber :

Saya telah menjalani ujian COVID-19 semalam di Jabatan Kesihatan Malaysia(JKM) Daerah Timur-Laut dengan mengambil darah….

Posted by Lim Guan Eng on Friday, October 9, 2020