Letupan tangki oksigen dalam wad, 42 pesakit Covid-19 maut

Letupan tangki oksigen dalam wad, 42 pesakit Covid-19 maut

Letupan tangki oksigen dalam wad, 42 pesakit Covid-19 maut. Sekurang-kurangnya 42 orang maut dan 60 lagi cedera akibat kebakaran di wad rawatan COVID-19 di sebuah hospital di selatan Iraq pada Isnin.

Letupan

Angka kematian dijangka meningkat susulan usaha mencari dan menyelamat pesakit sedang giat dilaksanakan

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Dhi Qar, kesemua yang meninggal dunia mengalami kecederaan parah akibat kebakaran di Hospital Al-Hussein di selatan bandar Nassiriya.

Wad yang baharu dibuka tiga bulan lalu itu mempunyai 70 katil.

Laporan awal menyebut letupan tangki gas oksigen sebagai punca kejadian tersebut.

Angka kematian dijangka meningkat susulan usaha mencari dan menyelamat pesakit sedang giat dilaksanakan.

Ini adalah kali kedua kebakaran besar membunuh pesakit COVID-19 di sebuah hospital Iraq tahun ini.

Pada April lalu, sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh di Hospital Ibn al-Khateeb di Baghdad apabila tangki gas oksigen meletup dan mencetus kebakaran.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/hospital-terbakar-42-pesakit-covid19-maut-308119

BACA JUGA : Panas !!! Penganalisis dedah strategi terkini Umno singkir Muhyiddin