Lepas jumpa Sultan, pemimpin PH kunci mulut

Lepas jumpa Sultan, pemimpin PH kunci mulut

Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak tidak menyatakan pendirian menyokong sesiapa sebagai menteri besar baharu ketika dipanggil menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta sebentar tadi.

Mereka sebaliknhlya hanya memberikan perkembangan terkini politik semasa.

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata, dengan situasi semasa yang berlaku tiada apa yang boleh diulas.

“Tiada apa komen…tunggu yang lain,” katanya ringkas kepada media di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak kira-kira hampir setangah jam sebentar tadi

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata semua pihak perlu mendoakan yang terbaik.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador pula senada untuk tidak memberikan ulasan berikutan situasi yang berubah-ubah.

“Kita tidak boleh komen sebab banyak situasi sekarang saling berubah, kami hadir di sini untuk menyampaikan perkembangan kepada Tuanku sajalah,” katanya.

Ditanya, sama ada mereka menyokong calon dikemukakan Umno masing-masing saling melontarkan senyuman dan mengucapkan teriman kasih kepada media.

Mereka turut mengakui tiada sebarang nama dikemukakan sebagai calon menteri besar mewakili PH.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/08/pemimpin-ph-perak-tidak-nyatakan-pendirian-sokong-mb-baharu/

COMMENTS