Lengkap vaksin bukan ‘lesen’ untuk bebas keluar rumah – Dr Hisham

Lengkap

Lengkap vaksin bukan ‘lesen’ untuk bebas keluar rumah .Kelonggaran diberikan kerajaan kepada individu lengkap menerima vaksinasi bukanlah ‘tiket’ untuk mereka keluar rumah tanpa urusan penting.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun kerajaan memberikan kelonggaran pergerakan namun mereka perlu kekal patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Isu kini adalah pematuhan dan (jangan) ada salah guna kelonggaran serta penguatkuasaan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham berulang kali mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP dan mengikuti norma baharu sekiranya terpaksa keluar rumah atas urusan penting.

Terbaharu pada Khamis lalu, menerusi ciapan di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) diberikan atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan covid-19.

Lengkap

Berikutan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus memakai pelitup muka termasuk yang dua lapis jika perlu, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.

“Elak tempat sesak dan sempit. Jaga diri dan segera mengambil suntikan vaksin,” katanya tadi..

Terdahulu, menerusi infografik yang dikongsi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), terdapat beberapa kemudahan tambahan diberikan kepada individu yang mendapat vaksin lengkap.

Antaranya ialah membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk khusus bagi individu lengkap dua dos vaksin di negeri berada dalam Fasa Satu PPN.

Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh dan individu mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.

Dalam infografik itu turut menyatakan hanya dua orang saja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas.

“Selain itu, maksimum tiga orang saja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamatan dan kecemasan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745218/vaksin-bukan-tiket-merayau-ke-sana-ke-sini

BACA: PH hantar 110 soalan lisan dan 165 bertulis tapi sidang DUN Melaka pula tangguh