LELUCON MENGKRITIK MALAYSIA BARU

Troll terhadap YB Norhizam bukanlah sesuatu yang pelik dan janggal. Sebab itu saya selalu menulis polisi dan dasar kerajaan ketika itu menghasilkan keputusan sebagai kesan tindakan dan perlaksanaan sesebuah kerajaan.

Sama juga seperti industri seni tanah air yang telah jauh tertinggal berbanding Indonesia. Kisah perjalanan pembinaan sejarah perjuangan negara itu telah banyak yang difilemkan.

Begitulah dasar dan polisi sesebuah kerajaan itu diangkat, tambah lagi mereka(Indonesia) jauh terbuka dalam berbicara apatah lagi dalam berkarya.

Cuma tidak boleh tidak, filem kita juga ada yang sudah mula kedepan seperti filem Paskal dan Polis Evo 2. Itu adalah dimensi baru industri perfileman tanah air.

Kalau di Indonesia mereka memiliki Iko Uwais Loud yang sudah menempa nama antara pelakon aksi lagak ngeri seperti Jackie Chan, kita pula sedang mencetak karektor seperti itu pada Khairul Azreen.

Filem lakonan Iko Uwais jika diteliti hanya dilakon dihanya 3 4 lokasi. Ada antaranya hanya dilokasi sama hampir 1 jam filem itu berjalan. Babak aksinya sudah setara filem IP MAN.

Kembali kepada troll terhadap YB Norhizam ramai yang menyindir beliau kerana kerja yang beliau lakukan. Nak saya kongsikan, ada YB, bukan saja tak menjenguk babi, malah manusia(rakyat) pun tak sempat mereka lihat.

Era Malaysia Baru segalanya boleh dikritik tanpa perlu bimbang. Tapi isi kandungnya janganlah menampakkan sisi gelojoh kita.

Nasib baik YB Norhizam tak pujuk isteri dengan jam semahal jam Najib untuk Rosmah. Lelucon itu lebih menggelikan hati.

Khalas.

Muhammad Syafiq Azmi

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka