Lelaki tiba-tiba rebah dan meninggal depan Pasar Tikam Batu

Lelaki tiba-tiba rebah dan meninggal depan Pasar Tikam Batu.Polis mengesahkan lelaki yang tiba-tiba rebah ketika berjalan di Pasar Tikam Batu dan kemudian meninggal dunia, kelmarin mengalami masalah jantung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, hasil laporan bedah siasat mendapati kematian mangsa berusia 56 tahun itu disebabkan salur darah jantungnya tersumbat.

“Ujian saringan dilakukan sebelum bedah siasat juga mendapati mangsa tidak dijangkiti virus COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang bekerja sendiri dilihat rebah oleh seorang peniaga di pasar berkenaan.

Lelaki

Peniaga terbabit kemudian menghubungi hospital dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki terbabit.

Selain itu, isteri mangsa dalam keterangannya turut memberitahu yang suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/09/860438/lelaki-meninggal-dunia-depan-pasar-negatif-covid-19

BACA: Bantuan Khas Covid-19 mula masuk bank penerima hari ini