Lelaki tawar diri cari MH370 yang hilang, berpengalaman cari kapal Titanic hingga jumpa

Lelaki tawar diri cari MH370 yang hilang, berpengalaman cari kapal Titanic hingga jumpa

Tahun ini genap tujuh tahun kehil4ngan mist3ri pesawat Malaysia Airlines MH370 yang leny4p ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Bagaimana dan mengapa pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 penumpang dari pelbagai negara dan 12 anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan radar terus menjadi teka-teki hingga ke hari ini, di sebalik pencarian besar-besaran yang pernah dilakukan dalam sejarah penerbangan.

Pencarian ini pastinya memerlukan mereka yang mempunyai kepakaran berserta teknologi tinggi.

Sepanjang tempoh awal pencarian MH370, ramai yang mend4kwa boleh menemui pesawat m4lang itu. Seorang peneroka laut terkenal, Bob Ballard berharap dapat menemui MH370 jika diberikan peluang. Bob pernah menemukan kapal Titanic di dasar laut Atlantik pada 1985 mendedahkan dirinya pernah menawarkan diri untuk mencari pesawat hil4ng itu namun dihalang pihak berkuasa yang mengetuai penyias4tan itu.

 

“Saya adalah orang pertama yang menghubungi Australia yang mengetuai pencarian di sana. Sekalipun mereka tidak mahu menggunakan aset yang saya ada, tetapi saya tahu bagaimana hendak mencari pesawat yang hil4ng. Saya masih berharap dapat menemukan pesawat itu. Malah, saya berasa sangat gembira untuk menyumbangkan kepakaran, tetapi mereka tetap tidak mengizinkan,” katanya.

Dia kini merancang melancarkan pencarian kedua pesawat perintis Amerika Syarikat, Amelia Earhart yang hilang di Lautan Pasifik sejak 1937.

Percubaan pertamanya pernah gagal pada 2019, namun ia tetap memberikan peluang kepada dirinya mencuba teknologi terkini semasa pencarian. Ballard mengatakan bahawa lautan adalah ‘muzium terbesar di Bumi’ dengan sejumlah khazanah, peninggalan yang menunggu untuk ditemui.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan terdapat tiga hingga empat juta bangkai kapal di lautan dan Ballard menganggapnya sebagai kapsul masa sejarah manusia. Dalam pada itu, Ballard mahukan generasi muda mempunyai minat mendalam sepertinya dalam meneroka alam yang berada disekeliling kita dan pencarian akan lebih cepat dengan teknologi baharu.

Berita Penuh : https://mymediamaya.com/dia-pernah-jumpa-titanicjika-diberi-peluang-dia-bersedia-untuk-mencari-mh370/