Lelaki nekad terjun Sungai Golok berenang ke Thailand

Lelaki nekad terjun Sungai Golok berenang ke Thailand

Lelaki nekad terjun Sungai Golok berenang ke Thailand. Seorang lelaki bertindak terjun ke Sungai Golok dan lari ke Thailand dengan meninggalkan 5kg ganja bernilai RM12,500 dalam kejadian di pangkalan haram Pos Man, Rantau Panjang di Kelantan, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7 Azhari Nusi berkata, lelaki berkenaan dilihat berada di bawah pondok bersama sebuah kotak dalam keadaan mencurigakan oleh anggota yang membuat rondaan bermotosikal.

Katanya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki berkenaan terjun ke sungai dan meninggalkan kotak yang dibawanya sebelum anggota membuat pemeriksaan pada kotak dan menemukan ganja serta picagari dipercayai milik suspek.

 Sungai Golok

“Semua dadah ini disyaki diseludup daripada negara jiran, Thailand. Kegiatan berkenaan dilakukan pada waktu malam di kawasan yang agak gelap bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Azhari berkata, semua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/10/takut-punya-pasal-lelaki-sanggup-terjun-sungai-golok-berenang-ke-thailand/

jika Terlepas: Kerajaan Sabah ulangi keputusan benarkan ‘dine-in’