Lelaki mengaku buat umrah untuk Ratu Elizabeth II. Seorang lelaki ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana mendakwa dirinya menunaikan ibadah Umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II di Kota Suci Mekah.
Tunai Umrah untuk Queen Elizabeth II
Menerusi laporan The Guardian, lelaki warga Yaman itu memuat naik video di media sosial memaparkan dirinya berada di Masjidil Haram pada Isnin lalu. Di dalam video berkenaan turut kelihatan lelaki terbabit memegang sehelai kain rentas dengan tulisan dia membuat Umrah untuk Ratu Elizabeth II.
Umrah Untuk Ratu Elizabeth II, kami berharap dia diterima di syurga dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Susulan daripada itu, video berkenaan viral khususnya di Twitter sehingga pengguna di aplikasi tersebut menggesa lelaki terbabit ditahan. Kerajaan Arab Saudi turut melarang jemaah untuk membawa kain rentas serta melaungkan slogan.
Walau bagaimanapun, individu berkenaan sudah ditahan dan tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya. Namun begitu, umat Islam masih dibenarkan menunaikan Umrah bagi pihak orang yang telah meninggal dunia tetapi tidak kepada orang yang bukan beragama Islam.
BACA:
2 kanak-kanak bawa motosikal maut kena langgar lori
Kecantikan Zahirah Macwilson ‘overshadow’ DDNK dan pasangan jadi bualan, “mana satu pengantin?”
Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, “tepat dia sebut!”