Lelaki lama bertugas di Offshore, tiba-tiba dapat tahu tunang nikah lelaki lain

Lelaki lama bertugas di Offshore, tiba-tiba dapat tahu tunang nikah lelaki lain. Tugas offshore sememangnya menjanjikan pulangan gaji yang lumayan buat mereka yang sanggup harungi 1001 cabaran yang tersedia di lautan.

Namun begitu, tak dinafikan antara dugaan terbesar adalah pengorbanan tempoh berpisah lama dengan ahli keluarga serta insan tersayang.

Paling dirisaukan, waktu ‘merantau’ tiba-tiba dapat berita yang tidak menggembirakan.

@_doreyzz Kawan dapat tau tunang dah nak kahwin dengan orng lain😌#anakrantau #pergikeranatugaspulangkeranacinta #Tenang ♬ original sound – SHAFIQMANAN

Member seolah-olah murung…dapat tahu tunang bakal nikah dengan orang lain

Itulah situasi yang dialami oleh seorang pemuda yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Ketika orang lain sibuk bekerja, dia dilihat seolah-olah melayan perasaan sambil meneliti telefon bimbit bersendirian.

Rupa-rupanya, perakam dedahkan bahawa lelaki tersebut baru sahaja dapat tahu tunangnya kini bakal berkahwin dengan orang lain.

Bagi kata-kata semangat…member senyum saja

Susulan itu, dia ditenteramkan oleh rakan sekerja yang sudi memberi kata-kata semangat.

Apa yang menariknya, pemuda tersebut tak pernah lekang daripada senyuman setiap kali member perasan gelagatnya tersebut.

Namun apa yang dilihat di luar belum tentu mencerminkan apa perasaan sebenar yang terbuku di dalam hati.

@_doreyzz Reply to @adhamafiq25 dia okay ja bang 😊@_amalgreat ♬ Terima Kasih – IamNeeta

Sungguh perit, dah tunang tinggal selangkah je lagi…semoga tabah, fikir kerja je dulu ok

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan pemuda tersebut yang mampu tersenyum di sebalik dugaan menimpanya.

Dalam pada itu, mereka turut terkilan dengan tindakan bekas tunangnya di saat lelaki berkenaan berjuang ‘menghalalkannya’.

Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini.

Lelaki lama bertugas di Offshore, tiba-tiba dapat tahu tunang nikah lelaki lain

Lelaki lama bertugas di Offshore, tiba-tiba dapat tahu tunang nikah lelaki lain

Lelaki lama bertugas di Offshore, tiba-tiba dapat tahu tunang nikah lelaki lain

Lelaki lama bertugas di Offshore, tiba-tiba dapat tahu tunang nikah lelaki lain

Berita Penuh : https://viralnewsupdates.com/murung-dalam-senyum-petugas-offshore-dapat-tahu-tunang-bakal-nikah-orang-lain/

Tonton:

Baca:

Isteri Aaron Aziz borong pokok baru, “patutlah mesej i love u tiba-tiba”

Tidak cucuk ‘booster’, anda tidak dibenarkan solat jumaat

Mesin basuh anda ada butang ‘Soak’? Rugi jika anda tidak tahu guna fungsinya