Lelaki kantoi dengan isteri, ‘kerjakan’ anak sendiri

Lelaki kantoi dengan isteri, ‘kerjakan’ anak sendiri

Jadi mangsa pemuas nafsu kepada seorang lelaki yang juga bapa kandung sendiri! Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar perempuan yang baru saja berusia 15 tahun. Allahu, kesian adik tu.

Menurut laporan Kosmo Online, perkara ini terbongkar selepas suspek yang merupakan bapa kandung mangsa kantoi tidur bersama anaknya oleh isterinya sendiri. Kemudian, ibu kepada mangsa terus membawa anak tunggalnya itu untuk membuat laporan polis dan penangkapan suspek dibuat pada Khamis lalu di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata bahawa suspek masuk ke bilik dan merogol mangsa pada pukul 1 pagi 1 Januari lalu.

Lelaki kantoi dengan isteri, 'kerjakan' anak sendiri

Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini.

Bukan tu jer, mangsa turut diugut tidak memberitahu perbuatan terkutuk bapanya itu sekiranya tidak mahu ibunya dibunuh. Oleh kerana takut dan tidak mahu perkara buruk berlaku terhadap ibunya, mangsa terus berdiam dan tidak melakukan sebarang tindakan.

Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/anak-jadi-mangsa-pemuas-nafsu-suami-kantoi-dengan-bini/

BACA JUGA : Strategi Pas untuk menang PRU15 dikongsikan Hadi