Lelaki ini dedah admin medsos KKM tak tahu apa berlaku di lapangan

Lelaki ini dedah admin medsos KKM tak tahu apa berlaku di lapangan

Lelaki ini dedah admin medsos KKM tak tahu apa berlaku di lapangan.  Semalam KKM ‘kantoi’ gunakan photo original saya dengan letakkan caption ‘FAKE’ / PALSU bersebelahan dua lagi photo yg langsung tak gambarkan suasana sebenar CAC Malawati.

Tidak boleh komen di wall KKM itu, maka saya dedah pembohongan itu di wall peribadi. KKM terpaksa buang artikel di Facebook dan Tweeter itu lepas teruk dihentam. Masa itu dah 17k ‘likes’ dan ribuan ‘re-tweet’.

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10159159466104876

Saya jangkakan KKM pasti buat permohonan maaf. Rupanya tidak, lain pula terjadi di artikel ini –
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10158043374056237/

KKM kata itu hanyalah khilaf. Mengambil & menfitnah photo original sebagai ‘fake’ adalah khilaf tak disengajakan?

Bahkan lebih mengejutkan dalam posting sama, KKM minta pula pesakit yg positif untuk pakat datang seawal pagi ke CAC Malawati, atas alasan suasana ‘terkawal dan lengang’ pada masa itu.
INILAH pembohongan berikutnya..!

dedah

Sengaja atau tidak dilakukan, saya tak pasti. Jelas Admin KKM itu tak tahu apa yg sebenarnya berlaku di lapangan;

1. Punca sebenar segala kesesakan sejak berbulan CAC beroperasi adalah disebabkan ‘pesakit yg baru disahkan positif’ itu resah, panik, dan mengambil keputusan serbu CAC tanpa mengikut masa yg ditetapkan buat mereka.

2. Mereka yg hadir – warga emas, pesakit kritikal, ibu mengandung, pesakit yg wheelchair etc etc terpaksa berebut dan beratur sangat panjang hingga 500 meter, seawal jam 5:30 pagi, tanpa patuhi masa temujanji mereka. Sedangkan operasi CAC hanyalah bermula 8:00 pagi hingga petang sahaja. Walau kerap dilewatkan sehingga tengah malam jika pesakit terlalu ramai dalam sesuatu hari.

3. Kakitangan dan sukarelawan PKD berusaha pelbagai cara, menalefon, memberi mesej etc, demi memastikan pesakit hanya datang pada waktu yg telah ditetapkan sahaja. Jangan datang awal…!

5. Bayangkan jika arahan di page KKM itulah dipatuhi, maka segala usaha CAC itu pasti gagal..! Dan semua pesakit itu akan terjah di waktu pagi semuanya. Terjadilah satu lagi malapetaka atau ‘havoc’ besar melanda CAC lagi, yg kami bersungguh cuba elakkan dgn pelbagai cara daripada terjadi.

6. Saya sanggup bersama beberapa volunteers lain datang seawal 6:30 pagi, setiap hari tanpa terkecuali sejak berbulan lamanya, hanya untuk bersama tangani isu kehadiran awal yg amat menyukarkan operasi CAC operasi dan serbuan tersebut berlaku.

7. Semua pasti ingat apa yg tular pada awal minggu ini, Isnin 5 Julai 2021 kelmarin (rujuk posting saya yg lepas), pelbagai warga emas dan baby kecil beratur hampir 500 meter di belakang stadium di bawah terik matahari, tatkala ramai yg gagal patuh pada masa temujanji CAC yg telah ditetapkan.

Saya nasihatkan Admin KKM kena rasa bertanggungjawab. Jangan sesekali cuba tutup pembohongan dgn pembohongan baharu.

Jangan terus lakukan manipulasi data atau maklumat yg salah yg kesannya amat besar pada semua petugas dan juga pesakit!

LIHATLAH juga pembohongan dan manipulasi kedua hari ini;

https://www.malaymail.com/…/after-backlash-over…/1988602

“Nonetheless the spokesman insisted that fewer than 1,500 people had shown up at Stadium Malawati, rather than over 2,000 as alleged online”.

Faktanya untuk umum ketahui – kehadiran semalam di CAC Malawati untuk kes baru dan kehadiran kali kedua semuanya berjumlah 2,228. Bukannya bawah 1,500..!
Jangan jadi sikap manusia yg sekali bohong, akan terus bohong selamanya.

Ingatlah dua sifat yg Allah amat benci pada ummat Muhammad adalah (1) Bohong, dan kedua (2) Khianat. Itu dalam hadith (sahih).

Ahmad Sayuti Bashiron
CAC Malawati | Shah Alam

Sumber:

kalau Anda terlepas:Situasi CAC Shah Alam, lelaki ini dedah KKM berbohong