Lelaki ditemui mati tergantung di bengkel motosikal miliknya

Lelaki ditemui mati tergantung di bengkel motosikal miliknya

Lelaki ditemui mati tergantung di bengkel motosikal miliknya. Seorang lelaki ditemui tergantung di dalam sebuah bengkel motosikal di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Masjid Tinggi di sini, malam ini.

Mangsa, Tan Hock Meng, 60, ditemui isterinya dalam keadaan tergantung dalam bengkel miliknya setelah tidak pulang ke rumah yang terletak di Taman Sinar dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Lelaki

Menurut sumber, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya pada minggu ini kepada seorang pembeli dan meminta masa untuk mengemas barang-barang yang terdapat di dalam bengkel tersebut.

“Kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia dikatakan bercadang untuk menjual kedainya pada harga RM10,000,” ujar sumber tersebut.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/08/pemilik-bengkel-motosikal-ditemui-mati-tergantung/

kalau Anda terlepas: Panas !!! Situasi CAC Shah Alam, lelaki ini dedah KKM berbohong