Lelaki disahkan meninggal dunia tiba-tiba ‘hidup semula’ di bilik mayat

Lelaki disahkan meninggal dunia tiba-tiba ‘hidup semula’ di bilik mayat.Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan sudah disahkan meninggal dunia rupanya masih hidup, selepas semalaman dimasukkan ke dalam bilik mayat.

Srikesh Kumar, 45, dibawa ke sebuah klinik dalam keadaan kritikal selepas dilanggar motosikal di Moradabad di timur News Delhi.

Dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di klinik tersebut dan ‘mayatnya’ dipindahkan ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat.

Menurut laopran utusan online ,Polis dimaklumkan mayat Kumar disimpan dalam peti di bilik mayat sehingga keluarganya tiba di hospital berkenaan enam jam kemudian.

Jurucakap hospital, Dr. Shiv Singh berkata, pegawai perubatan sudah beberapa kali memeriksa Kumar dan mengesahkan dia memang sudah meninggal dunia kerana tiada degupan jantung.

Lelaki

Namun, apabila pasukan polis dan keluarganya datang ke bilik mayat untuk mengenal pasti identiti dan menandatangani dokumen bedah siasat, Kumar didapati masih hidup.

Keadaan itu disedari oleh kakak ipar Kumar dan dia terus memaklumkan kepada doktor.

“Dia belum mati. Bagaimana ini boleh berlaku? Tidakkah anda nampak dia masih hidup dan bernafas? Soal kakak iparnya.

Singh menyifatkan insiden itu ‘sangat jarang berlaku’ dan meminta pihak berkaitan melakukan siasatan untuk mengenal pasti perkara sebenar.

Sementara itu, keadaan KUmar masih kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital di Meerut.

BACA: Usah perbesar isu gangguan seksual, kenyataan Menteri dibidas artis

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 5 days

    I have been absent for some time, but now I remember why I used to love this site. Thanks, I?¦ll try and check back more frequently. How frequently you update your website?

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: Lelaki disahkan meninggal dunia tiba-tiba ‘hidup semula’ di bilik mayat […]