Lelaki cedera dimuka gara-gara didakwa ganggu isteri orang

Lelaki

Lelaki cedera dimuka gara-gara didakwa ganggu isteri orang.Gara-gara dipercayai mengganggu isteri orang, seorang juruteknik cedera di muka selepas ditumbuk berulang kali oleh suami wanita tersebut dalam kejadian di sebuah flat di Pandamaran di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.13 tengah malam pada Khamis lalu ketika mangsa bersama rakannya yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun dari Setia Alam datang ke flat berkenaan bagi menemui isteri suspek yang dipercayai warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semasa tiba di flat tersebut dua lelaki telah menghampiri kenderaan jenis Proton Waja dinaiki dua remaja tersebut.

Katanya, salah seorang suspek dengan bersenjatakan batang golf telah memecahkan cermin bahagian pemandu dan mengetuk bonet hadapan kereta tersebut sehingga kemek.

“Suami kepada wanita itu kemudiannya telah menarik juruteknik berusia 18 tahun keluar daripada kereta dan menumbuknya beberapa kali di bahagian muka.

Lelaki

“Rakan juruteknik juga ditumbuk sekali di bahagian kepala sebelum mengarahkan mereka pulang. Akibat kejadian tersebut, mangsa telah kerugian RM300 akibat kerosakan pada kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Shamsul Amar memberitahu, bertindak maklumat kemudiannya membawa penahanan suami wanita berusia 43 tahun pada pukul 11 malam tadi di sebuah lorong jalan sekitar Pandamaran.

Ujarnya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Siasatan mendapati motif kejadian disebabkan kedua-dua remaja itu telah mengganggu isteri suspek.

“Hasil siasatan turut mendapati juruteknik itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan isteri suspek dan baharu mengenalinya melalui telefon,” katanya.

Beliau menegaskan, suspek direman selama sehari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan khianat

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/juruteknik-ditumbuk-selepas-dipercayai-ganggu-isteri-orang/

BACA: Panas !!! Setiap lima bulan perlu ambil dos vaksin tambahan