Lelaki ajar cara beli kereta ikut ‘income’, gaji RM1,200 rupanya boleh beli kereta..

Lelaki ajar cara beli kereta ikut ‘income’, gaji RM1,200 rupanya boleh beli kereta..Biasalah, setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kereta untuk memudahkan urusan seharian. Namun, tak kurang juga yang memilih untuk ‘tambah’ komitmen dengan membeli kereta idaman masing-masing. Lebih-lebih bagi mereka yang baru bekerja. Inilah masanya untuk beli kereta baru, kan? Tapi kalau takde kerja lagi macam mana nak beli kereta baru, baik korang cari kerja sekarang dekat Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Sebelum beli kereta baru, korang tahu tak berapa gaji yang diperlukan untuk membeli sesebuah kereta? Kalau nak beli kereta Honda Civic, kena gaji berapa? Nak beli Proton Saga, kena gaji berapa? Terima kasih kepada saudara Harith Faisal yang sudi untuk berkongsi tips dan info tentang isu pembelian kereta ini. Memang sangat berguna untuk korang yang bercadang untuk membeli kereta sendiri.

……….

Sebelum kahwin: “Awak, belilah kereta Honda Civic baru tu. Cantik sangatlah design dia. Gaji awak RM3,500 mesti lepas punya.”

Dekat nak kahwin: “Bi, buatlah personal loan RM30,000 untuk majlis kita nanti. Bi kan kerja kerajaan, mesti senang lepas.”

Lepas kahwin: “Abang, jom beli rumah. Saya tengok ramai orang muda-muda dah beli rumah. Kita bila lagi. Sampai bila nak menyewa, kan.”

Pergi ke bank: “Ala bang, kenapa tak lepas pula nak beli rumah ni. Komitmen abang tinggi bebenor kot. Bencilah macam ni. Abang tak sayang saya ke?”

Krik. Krik. Krik.

TAK TAHU NAK BELI KERETA HARGA BERAPA? SAYA KONGSIKAN 2 FORMULA BELI KERETA MAMPU MILIK.
➖➖➖➖➖➖

Kereta mahal dah jadi impian sejak tahun satu pengajian di unibersiti. Dengan harapan, lepas dapat saja kerja pertama dengan gaji RM2500, nak beli kereta yang paling mahal yang layak untuk gaji tu. Nak cari kerja gaji mahal, Klik tepi ni. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Kalau lepas Honda Civic, nak angkat juga. Iyalah, lambang kebanggaan dan pengukur kejayaan anda. Haha. Lawak. Itu adalah pemikiran budak-budak baru nak up. Ketahuilah, jika anda mampu beli kereta, belum tentu anda mampu beli rumah. Tapi kalau anda mampu beli rumah, pasti anda mampu beli kereta. Ada faham? Kalau ramai yang tak faham, nanti saya terangkan.

Jadi, saya ingin kongsikan formula untuk beli kereta mampu milik versi #harithfaisal.

CARA PERTAMA.
➖➖➖➖➖➖

Harga kereta tidak lebih gaji tahunan anda. Jadi jika anda bergaji RM2700, harga kereta anda mestilah tidak lebih daripada RM32,400.

RM2700 x 12 = RM32,400

Proton Saga FLX pun boleh dapat dah dengan harga RM33k++. Tapi tak glemer lah kalau fresh Banker atau Engineer pakai Proton Saga kan? Paling tidak, nak angkat Toyota Vios, Nissan Almera.. Kan kan?

Lelaki ajar cara beli kereta ikut 'income', gaji RM1,200 rupanya boleh beli kereta..

CARA KEDUA.
➖➖➖➖➖➖

Ansuran bulan mesti tidak lebih 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji anda. Saya sendiri pakai kereta ansurannya tak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, jika anda bergaji RM2700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405.

RM2700 x 15% = RM405

Jika hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Okay dapat?

SENANG CERITA, BELI KERETA IKUT KEPERLUAN.
➖➖➖➖➖➖

Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke? Tak. Beli kereta ikut keperluanlah. Kalau tak perlu kereta mahal, tak perlu kereta besar buat apa beli. Selepas 9 tahun, jadi besi buruk juga. Bila anak-anak dah ramai, kalau perlu bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.

Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, pakai saja 1 kereta kongsi. Pergi dan balik dari ofis bersama. Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau untuk menyuburkan cinta, supaya sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Haha. Cinta cinta jugak, nak cari kerja? ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

BUDAK BARU NAK UP, PAKAI KERETA MAHAL.
➖➖➖➖➖➖

Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ni. Bergaji RM2700, tetapi memiliki kereta dengan ansuran bulanan RM800. Mari kita kira.

(RM800/RM2700) x 100% = 30%

30% daripada gaji diperuntukkan untuk ansuran bulanan adalah sangat tidak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal. Silap-silap kereta tu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan.

Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada. Apatah lagi saving untuk deposit beli rumah. Last choice, nak kahwin, pakai Pembiayaan Peribadi RM30,000.

Beli kereta mahal nak impress bakal bapak mertua? Memang bapak mertua kagum dengan ‘pancapaian’ anda. Tapi anda yang merana sorang-sorang. Hujung bulan makan Megi dalam kereta mahal sambil menitiskan air mata. Hihi.

Fikirkanlah banyak kali sebelum anda terjebak dengan kereta-kereta mahal ya.

NOTA: Paling bagus, beli kereta terpakai yang murah-murah dengan tunai. Atau takyah beli langsung, tunggu dah kahwin barulah beli. Atau beli 2 bijik rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif daripada rumah sewa, buat bayar ansuran kereta kita pula.

TONTON :

BACA:

Tengku Zafrul umum KWSP akan masuk sebelum raya, ini butiran tarikhnya

Maybank sediakan ATM khusus untuk keluar duit raya, ini senarai lokasi terpilih

Kedai dah jadi ‘port’ ponteng puasa dan berasmara, perbuatan akak ni buat ramai terpekik lari

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Lelaki ajar cara beli kereta ikut ‘income’, gaji RM1,200 rupanya boleh beli kereta.. […]